Pemuda Terpaksa Tahan Sakit Setengah Jam Digigit 'Baby Shark'

Sepang - Seorang nelayan di sini terpaksa menahan sakit selama 30 minit apabila kaki kirinya digigit oleh seekor anak ikan yu yang berukuran lebih 0.5 meter.

Mangsa, 24, digigit ketika sedang menjalankan aktiviti menjaring ikan di Pantai Bagan Lalang di sini pada jam 12 tengah hari semalam.

Kejadian menjadi cemas apabila ikan itu enggan melepaskan gigitan walaupun mangsa sudah pun naik ke darat.

Menurut Pegawai Pertahanan Awam Daerah Sepang Leftenan (PA) Azli Muhidin, kejadian seumpama itu pertama kali diterima sejak menara penyelamat APM dibangunkan di lokasi itu pada 2011.

Katanya lagi, seramai lima anggota dari APM Sepang terpaksa berhempas pula selama lebih kurang 10 minit bagi melepaskan gigitan haiwan terbabit.

Pasukan APM mengambil masa kira-kira 10 minit untuk melepaskan gigitan ikan berkenaan dengan menggunakan peralatan khas.

"Mangsa kemudiannya dihantar ke Klinik Kesihatan Sungai Pelek menggunakan ambulans APM untuk menerima rawatan," katanya sebagaimana lapor Harian Metro.

Sumber: Harian Metro

Post a Comment

0 Comments

loading...