Pedang Samurai Dan Barang Kemas Antara Yang Hilang, Pegawai KPDNKK Rugi RM10 Ribu.

11 Dis - Ketua Cawangan Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan daerah Tanah Merah kerugian lebih RM10,000 selepas kediamannya dipecah masuk dalam kejadian yang disedari malam semalam.

Wan Mohd Marzuki berkata beliau menyedari kejadian itu itu sebaik sahaj tiba di rumahnya di Taman Rahmat, Padang Siam, Kelantan bersama isteri dan anak beliau pada jam 10.40 malam.

Beliau menziarahi anak perempuannya yang sakit di Putrajaya ketika kejadian itu berlaku dan beliau sudah tiada di rumah selama 3 hari.

Ketika beliau sekeluarga masuk ke rumah mereka mendapati ruang tamu dan kesemua 4 bilik tidur termasuk almari,laci dan beg pakaian berselerak.

“Selepas melakukan pemeriksaan lanjut, saya dapati barang yang hilang ialah wang tunai RM1,500, dua tablet Samsung, pedang samurai hiasan, dua cincin permata, dua loket emas dan cincin berlian,” kata beliau.

Menurut beliau lagi, penjenayah telah memecah masuk dengan mengumpil gril dan besi pengadang tingkap di bilik anaknya yang terletak di bahagian belakang rumah.

“Sebenarnya ada kesan dua kali cubaan masuk melalui cermin sisip angin tandas di bilik sama dan juga dekat dapur,” katanya yang membuat laporan polis mengenai kejadian itu pada jam 11.30 malam.

Namun Wan Mohd marzuki bersyukur kerana motosikal dan keretanya tidak dibawa lari oleh penjenayah tersebut.

“Penjenayah tersebut dah ambil kunci kereta dan motosikal tapi diletakkan semula elok-elok atas almari,” katanya.

Post a Comment

0 Comments

loading...