"Mula-Mula Memang Rasa Malu, Tapi Sekarang Setakat Lagu Baby Shark Aku Dah Advanced," Bila Lelaki Jadi Guru Tadika


Mungkin sudah menjadi kebiasaan pada netizen apabila para wanita memilih untuk melanjutkan pelajaran dalam jurusan pendidikan awal kanak-kanak seterusnya memilih untuk menjadi guru tadika atau pra sekolah. Tapi, menjadi sedikit janggal dan lari dari norma masyarakat Malaysia apabila Lelaki menceburi bidang tersebut.

Namun apa yang diceritakan oleh Adinata Gus ini nyata membuka mata seluruh rakyat Malaysia bahawa bidang pendidikan awal kanak-kanak ini juga mampu digalas oleh Lelaki seperti beliau.

Beliau yang kurang berpengalaman, kadang-kala tertekan dan malu tidak menjadi batu penghalang untuk beliau menyelusuri bidang ini dengan lebih mendalam.

Adinata juga banyak menghabiskan masa terluangnya untuk mempelajari dan mengkaji info-info serat teknik-teknik yang sistematik untuk dipraktikkan ketika mengajar di dalam kelas. Memilih kerjaya sebagai guru tadika nyata bukan lah satu kesilapan dalam diri beliau. Malah, ia memberi 1001 pengalaman yang hebat untuk memberi inspirasi kepada anak muda yang lain supaya tidak malu dan takut untuk mencuba bidang yang jarang diterokai oleh golongan maskulin ini.

Jom ikuti kisah Adinata Gus dan menyelami pengalaman beliau sebagai Guru Tadika. Semoga dapat memberi manfaat dan pengajaran berguna untuk diteladani.











Sumber: Adinata Gus

Post a Comment

0 Comments

loading...