“Mari Jumpa Saya Depan-Depan Wahai Ustazah,” Aishah Berang ‘Ustazah’ Hinanya Di Facebook

Penyanyi yang memiliki suara merdu, Aishah, menyelar tindakan seorang individu yang menggunakan akaun Facebook palsu yang menulis komen negatif dengan kata-kata kesat terhadap dirinya.

Aishah yang terkenal dengan lagu Melukut Di Tepi Gantang itu berkata, individu yang menggunakan identiti sebagai ‘Ustazah’ itu perlu tampil berdepan dengan beliau jika berasa tidak puas hati.

“Mari jumpa saya wahai Ustazah kalau nak maki orang biar depan-depan. Saya nak jumpa sangat-sangat ustazah ni yang senang-senang membinatangkan orang lain,” tulisnya di laman sosial Facebook pada Rabu.

Terdahulu, individu berkenaan menganggap penyanyi itu bersikap tergedik-gedik selepas menyertai program hiburan Gegar Vaganza 4.


Bagaimanapun, Aishah berkata dia langsung tidak terkesan dengan serangan keyboard warrior berkenaan.

“Bertenang kawan-kawan, peminat dan keluarga. Saya OK sahaja dan tidak jadi kudis pun dengan keyboard warrior ni,” katanya lagi.

“Cuma nak ingatkan diorang mungkin mereka ni boleh tulis selindung muka, tapi Allah nampak dan tahu siapa. Ada yang dibayar untuk buat kerja macam ni,” ujarnya.”

Aishah bakal berentap dengan bersama Hazami, Liza Hanim, Lan dan Firman di pentas Final Gegar Vaganza musim 4 yang bakal berlangsung pada Ahad di Pinewood Iskandar Malaysia Studio, Johor.



lagi info di : edisiviral.com

Post a Comment

0 Comments

loading...