MAHB Mohon Maaf Kerana Salah Eja 'Mary Christmas' & 'Happy New Years'


Putrajaya: Malaysia Airports Holding Bhd (MAHB) membuat permohonan maaf selepas viral kesilapan ejaan pada gegantung sempena sambutan Krismas dan tahun baru.

Sebelum ini, orang ramai mempersoalkan gegantung yang diletakkan di lapangan terbang Kota Bharu yang berbunyi 'Mary Christmas and Happy New Years'.

MAHB menerusi Facebook berkata gegantung berwarna merah itu sudah pun diturunkan sebaik sahaja kesilapan itu disedari malam tadi.

"Kami ingin memberi jaminan kepada anda bahawa ini tidak membabitkan mana-mana lapangan terbang yang lain," katanya.

Foto gegantung itu yang viral di media sosial telah mendapat kritikan daripada netizen yang kesal dengan kesalahan ejaan dan tatabahasa itu.

MAHB turut mengucapkan terima kasih atas keprihatinan orang awam yang mengetengahkan isu itu kepada pihaknya.

"Kami memohon maaf dan mengucapkan Merry Christmas and Happy New Year," kata MAHB.

Sumber: BERNAMA

Post a Comment

0 Comments

loading...