Pelajar berkenaan dipercayai sering melakukan kesalahan seperti menghidu gam, membuli dan sering bergaduh di sekolah.
Pihak NUTP dalam satu postingnya memuatnaik dua keping gambar di mana mereka mendakwa ia adalah penjelasan daripada wakil SK Taman Semarak, tulisan pada gambar itu menyeru supaya seluruh ahli NUTP untuk hadir dan memberikan sokongan moral kepada guru terbabit.
Berikut adalah tulisan pada gambar yang dimuatnaik.
Salam semua, hanya dengan sokongan moral dan kehadiran ramai pada hari pendengaran/perbicaraan kes cikgu ini di Mahkamah Seremban pada 19/12/2017 adalah merit terpenting untuk memastikan kemenangan buat kes ini.
Sebagai pencerahan, tindakan tegas cikgu berkenaan kerana disiplin yang berat dan berulang-ulang seperti menghidu gam di dalam sekolah, bergaduh, membuli dan banyak lagi. Tujuan cikgu tersebut adalah untuk mendidik.
PIBG risau jika sikap segelintir ibu bapa seperti ini akan menyebabkan kes disiplin akan menjadi lebih parah dan merebak di kalangan murid-murid SK Taman Semarak akibat daripada ketakutan dan kerisauan cikgu-cikgu untuk membentuk disiplin anak-anak SK Taman Semarak selepas ini.
Saya sebagai YDP PIBG akan terus menyokong sepenuhnya guru tersebut demi kemaslahatan anak-anak dan guru-guru SKTS.
Sekian
YDP PIBG SK Taman Semarak
Sumber: NUTP
0 Comments