Kes Mayat Gadis 14 Tahun Yang Ditemui Di Dalam Sungai, Polis Tahan 9 Suspek Bagi Membantu Siasatan

Gambar Hiasan
28 Dis - Polis berjaya memberkas sembilan suspek bagi membantu siasatan kes pembunuhan seorang gadis berusia 14 tahun yang berlaku di Bera baru-baru ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, Senior Asisten Komisioner Othman Nayan berkata, dua daripada suspek yang ditahan merupakan remaja berusia 15 dan 17 tahun.
Kata beliau, tangkapan itu dibuat dalam tempoh 62 hari siasatan itu dijalankan.

"Dua remaja yang ditahan akan didakwa di mahlamah di Temerloh pada Jumaat," kata Othmah melalui kenyataan yang dikeluarkan pada Khamis.

Tambah beliau, polis turut merampas sebuah telefon bimbit yang dipercayai milik mangsa.


Gambar mayat ketika ditemui di Sungai Triang 26 Okt 2017
Menurut Othman, orang awam menemukan mayat mangsa di permukaan Sungai Triang, Bera ketika melalui jambatan sungai itu pada 26 Oktober lalu.

"Bedah siasat menunjukkan terdapat 45 tikaman pada bahagian dada, abdomen, belakang badan, kedua-dua lengan dan kaki kiri yang turut menyebabkan kecederaan pada paru-paru mangsa serta dipercayai disebabkan oleh sebilah pisau," ujarnya.

Post a Comment

0 Comments

loading...