Kuala Lumpur, 19 Dis – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan bahawa empat suspek kejadian langgar dan bunuh di hadapan sebuah stesen minyak di Taman Pelangi Johor berpunca dari perselisihan faham dan perebutan dua kumpulan kongsi gelap.
Beliau berkata, suspek juga menggunakan kenderaan curi ketika kejadian itu berlaku dan polis ketika ini sedang memburu empat suspek berkenaan.
“Polis telah kenal pasti empat orang yang berada di dalam kereta berkenaan. Sebelum itu mangsa diheret dan masuk ke dalam kereta namun berjaya melepaskan diri tapi dilanggar.
“Ini satu perbuatan jenayah yang telah tular dan polis sedang jejaki dan buru keempat mereka. Polis juga telah bertemu tuan punya kereta dan itu merupakan kenderaan curi,” katanya sebagaimana lapor Astro Awani.
Beliau ditemui di sidang media selepas menyempurnakan Perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang terakhir untuk tahun 2017.
lagi info di : edisiviral.com
0 Comments