Seorang lelaki memilih untuk tinggal di lapangan terbang selama 10 tahun, selepas merajuk dengan isterinya.
Wei Jiangou, 53, Bejing, meninggalkan rumahnya pada 2008 selepas bergaduh dengan isterinya.
Dia telah memilih untuk menghabiskan siang dan malamnya di Lapangan Terbang Antarabangsa Beijing, yang cukup sibuk itu.
Menurutnya, dia diberhentikan kerja pada 2008 dan menerima bantuan kerajaan sebanyak 1,000 yuan (RM620) pada setiap bulan.
"Saya banyak menghabiskan masa dengan minum minuman keras namun isteri melarang dan saya mengambil keputusan untuk keluar dari rumah."
Sejak dari itu dia telah tinggal di lapangan terbang tersebut dan akan meninggalkannya ketika hendak membeli keperluannya.
"Lapangan terbang ini panas dan selesa, saya juga boleh minum sesuka hati saya," katanya.
Dia juga mempunyai sebuah dapur mudah alih menggunakan periuk elektrik yang dibawa dari rumah.
Wei turut menyediakan tempat tidurnya yang beralaskan selimut, selain meletakkan barang keperluannya di dalam troli.
Keluarganya pernah mengajaknya pulang namun dia enggan.
Wei pernah diminta keluar dari lapangan oleh pihak pengurusan tapi dia masih lagi di situ.
Sumber - Daily Mail
0 Comments