Jual Bayi Kembar Secara Atas Talian, Pasangan Kekasih Ditahan Reman.

12 Dis – Seorang remaja perempuan dan pasangan kekasihnya telah ditahan bagi membantu siasatan kes penjualan bayi kembar mereka dalam laman web jual beli malam semalam.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mazlan Lazim, berkata pasangan berkenaan di tahan di dua lokasi berasingan.

“Suspek remaja perempuan itu berusia 20 tahun ditahan kira-kira pada jam 8 malam di rumahnya di Setapak, manakala pasangannya yang berusia 18 tahun ditahan satu jam kemudian di rumahnya di Ampang,” katanya

Suspek juga dipercayai mengiklankan dua orang bayi kembar miliknya berusia 4 bulan untuk dijual dengan harga RM15 ribu di sebuah laman web jual beli pada Jumaat.

“Bagaimana pun, tiada individu atau pihak yang menghubungi nombor telefon yang dimuat naik bersama iklan berkenaan, sebelum kita menahan kedua-dua suspek,” katanya

Siasatan akan dijalankan dibawah Seksyen 48 Akta Kank-kanak 2001 yang menetapkan mana-mana yang terbabit dalam pemerdagangan kanak-kanak, melakukan kesalahan yang boleh dihukum denda tidak lebih RM10 ribu atau penjara 5 tahun atau kedua-duanya sekali jika disabit kesalahan.

Iklan terbabit kemudian tular di media sosial dan aplikasi pesanan Whatsapp, namun sehingga tengah hari tadi, iklan terbabit sudah dikeluarkan.



lagi info di : edisiviral.com

Post a Comment

0 Comments

loading...