Jangan Gunakan Peralatan Elektrik Anda Ketika Ditenggelami Banjir, Tolong Matikan Suis Utama

Pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) memperingat mangsa banjir agar meletakan peralatan elektrik di tempat yang kering dan tinggi, serta menutup suis utama apabila kediaman mereka dilanda banjir bagi mengurangkan kemungkinan renjatan elektrik berlaku.

Bagi kediaman pengguna yang dinaiki air turut dinasihatkan agar segera menghubungi TNB bagi membolehkan syarikat utiliti nasional tersebut menghentikan bekalan demi keselamatan.

Menurut Pengurus Besar, Perhubungan Awam & Dalamam TNB, Datuk Omar Sidek,
segera hubungi pejabat TNB yang berdekatan, TNB CareLine 15454 atau Facebook TNB Careline sebaik paras air meningkat, supaya kami boleh memutuskan bekalan elektrik bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini.

Jelasnya, pihak TNB sentiasa mengawasi keadaan dari semasa ke semasa dan akan menutup bekalan ke pencawang di kawasan terlibat sekiranya paras air mencecah tahap bahaya.

“Penutupan bekalan elektrik ke kawasan terlibat dibuat untuk sementara waktu demi memastikan keselamatan orang awam terjamin. Bekalan elektrik akan disambung semula setelah air banjir surut dan keadaan kembali selamat,” katanya.

Di samping itu, beliau turut menasihatkan ibu bapa untuk sentiasa mengawasi tindak tanduk anak-anak mereka agar menjauhi tiang elektrik yang tumbang atau wayar elektrik yang terputus kerana arus elektrik dikhuatiri masih mengalir dan berbahaya serta boleh mengakibatkan kemalangan.


“Maklumkan kepada kami supaya kami boleh segera membaiki kerosakan tersebut,” tambahnya.



lagi info di : edisiviral.com

Post a Comment

0 Comments

loading...