Ini Sebabnya Anda Harus Memiliki Kad Loyalti Petron Miles Dan Kenapa Kad Loyalti Adalah Sangat Penting Untuk Anda.

Cuba kita bukak dompet kita yang tebal setebal bantal kekabu asli tu, pernah tak kita tenung satu kad yang tersisip rapi dalam celahan poket berupa kad loyalti stesen-stesen minyak yang terdapat di Malaysia ni? Pernah tak kita tertanya-tanya berapakah nilai mata ganjaran yang dah terkumpul dalam kad tu? Atau lebih kerap lagi kita tanya, apa guna kad ni sebenarnya?

Sedar kah kita, bahawa kad-kad tersebut menantikan ganjaran untuk kita tebusi di stesen-stesen minyak? Melalui pembelian barang runcit ataupun petrol, banyak manfaat yang boleh kita dapat dengan mengumpul mata ganjaran kad loyalti ini.


via GIPHY

Petron merupakan salah satu syarikat pengedar minyak kenderaan yang menawarkan ganjaran seperti yang dinyatakan tadi. Dengan pengenalan sebanyak RM1=1 mata ganjaran pada tahun 2013 dahulu, Petron telah membuat semakan semula disebabkan harga minyak yang tak menentu pada setiap minggu. Oleh yang demikian, Petron telah memperkenalkan kadar kumpulan mata ganjaran yang baru iaitu sebanyak 1 liter minyak =  2 mata ganjaran loyalti seterusnya mengekalkan status syarikat pengeluar minyak yang sangat pemurah.


via GIPHY

1. Kadar Penebusan Minyak Terbaik
Kebiasaannya, mata ganjaran loyalti lebih digemari untuk ditebus kepada minyak berbanding cenderamata atau pun barang-barang terpilih yang ditawarkan. Program loyalti Petron Miles menawarkan kadar minyak yang tinggi untuk penebusan mata ganjaran yang lebih rendah. Jadual di bawah menunjukkan kadar penebusan mata ganjaran bersamaan dengan berapa harga minyak yang boleh kita perolehi.

Untuk semua minyak: RON95/Diesel/Diesel Euro 5 (1 Liter = 2 Mata Ganjaran) dan RON97/RON100 (1 Liter = 3 Mata Ganjaran)


2. Tempoh Penebusan Yang Lebih Singkat

Untuk RON95, Diesel dan Diesel Euro 5, Petron Miles mempunyai kadar tempoh penebusan yang sama dengan program-program loyalti yang lain. Namun, Petron Miles tak nak kita mengambil satu penantian yang lama bagi pelanggan-pelanggan yang menikmati RON97 dan RON100 di mana puratanya hanya mengambil masa dalam 4 bulan untuk kita menebus 3000 mata ganjaran bersamaan RM45 minyak. Boleh rujuk jadual di bawah untuk kita telaah bersama-sama. 

3. Tiada Tarikh Luput Untuk Mata Ganjaran Terkumpul

Kebiasaannya, program-program kad loyalti mempunyai satu polisi di mana mata ganjaran yang terkumpul harus lah digunakan dalam satu tempoh yang ditetapkan. Jika tidak digunakan, mata ganjaran itu akan menemui satu tempoh luput dan “ditelan” atau lebih terkenal dengan istilah “burn”. Tetapi tidak untuk Petron Miles. Petron Miles tak ada polisi seperti itu. Gunalah selama mungkin dan guna lah sebaiknya mengikut citarasa dan keperluan masing-masing tanpa rasa resah dan risau dengan syarat mestilah menggunakan kad tersebut 1X dalam masa 12 bulan.

5. Ganjaran Yang Cukup Istimewa Sepanjang Tahun

Marvel, AirAsia BIG, Enrich, Zalora, Uber, Kurnia Insurance adalah antara rakan kongsi Petron yang menawarkan promosi-promosi terbaik untuk semua ahli Petron Miles. Ada banyak lagi rakan kongsi Petron yang tidak dinyatakan kerana khuatir tak senang duduk dibuatnya jika kita dapat tahu banyak ganjaran yang menanti dan ganjaran-ganjaran ini cukup istimewa untuk kita semua.

Boleh layari disini untuk info tentang kad Petron Miles dan disini untuk pelanggan sedia ada yang nak tahu ganjaran mata untuk tebusan.


lagi info di : edisiviral.com

Post a Comment

0 Comments

loading...