Identiti 'Sarjan Faiz' Sudah Dikesan, Punya Rekod Jenayah Lampau


Pihak polis telah mengesan identiti seorang lelaki yang melarikan gadis dari sebuah rumah di Kampung Ulu Gali, Sungai Ruan, Raub, Rabu lalu.

Menurut Ketua Polis Raub, Superintendan Wan Mohd Zahari Wan Busu, lelaki yang meyamar sebagai 'sarjan Faiz' itu mempunyai beberapa rekod jenayah lampau.

Jelasnya, selain meyamar sebagai anggoota bertugas di Balai Polis Sungai Ruan itu dia turut mempunyai rekod berhubung kes penipuan di Temerloh dan Johor.

“Polis mengklasifikasikan kes mengikut Seksyen 363 dan Seksyen 170 Kanun Keseksaan kerana melarikan orang serta menyamar sebagai penjawat awam,

“Ini berdasarkan siasatan ke atas mangsa, iaitu Nur Syaminn Nabila Mohd Shapawi, 16, semalam,” katanya.

Tambahnya, polis meminta orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi dan andaian berhubung kejadian itu kerana boleh menjejaskan siasatan.

“Biarkan polis menjalankan siasatan dan tunggu sehingga ia selesai,” katanya.

Berdasarkan sumber, mangsa kini berada di Hospital Lipis dan hanya akan dibenarkan pulang selepas pemeriksaan selesai.

Sumber - Harian Metro

Post a Comment

0 Comments

loading...