Lelaki yang bernama Marc Wubbenhorst, 35, ini perlu meminum 20 liter air dalam masa sehari untuk mengelak dirinya mati akibat kekurangan air dalam tubuh.
Menurutnya, penyakit itu menyebabkan badannya tidak boleh menyimpan air dan buah pinggangnya membuang air sepantas dia meminumnya.
Jika Wubbenhorst tidak meminum air, dia akan mati akibat kekurangan air dalam tubuh dalam tempoh beberapa jam saja.
Biasanya individu dewasa akan mengalami tanda-tanda ini selepas dua atau tiga hari tidak meminum air namun tidak bagi Wubbenhorst.
Dalam masa sehari, dia mampu membuang air kecil hampir 50 kali serta dia perlu menggantikan air dalam badannya dengan meminum sekurangnya 20 liter air.
Wubbenhorst berkata, ketika kecil dia dapat mengawal keadaan itu, dia mempunyai ramai rakan dan cuba hidup seperti kanak-kanak normal lain.
“Saya mengalami tekanan perasaan kerana terlalu letih dengan keadaan ini.
“Saya tidak mahu pergi ke sekolah, melukis atau melihat perarakan,” katanya.
Sumber – News24
lagi info di : edisiviral.com
0 Comments