(Gambar) Ratusan Biji Telur Haiwan Prasejarah Dipercayai Milik Pterosaur Ditemui Di China


Penemuan yang mengejutkan apabila satu jenis telur prasejarah telah ditemui di China. Telur tersebut difahamkan sejenis reptilia terbang yang mempunyai sayap yang dipanggil pterosaur.

Telur tersebut berbentuk bujur dalam ukuran kira-kira 3 inci panjang, serta mempunyai lapisan luar yang nipis dan luarnya bercorak retak sedikit seperti menyerupai telur ular.


Para saintis berkata, mereka menemui 215 telur pemakan ikan Hamipterus tianshanensis iaitu spesies yang dewasa serta mempunyai tengkorak yang panjang, gigi yang tajam dan sayap selebar 13 kaki.

Menurutnya lagi, mereka turut temui 16 telur yang mengandungi embrio separa kekal.

Fosil beratus-ratus tahun itu ditemui berjantina jantan dan bertina di Wilayah Autonomi Xinjiang Uygur.

Ia merupakan spesies Periode Cretaceous yang hidup 120 juta tahun lalu yang mungkin lebih dikenali sebagai pterosaur.


Pterosaur adalah haiwan yang terbang pertama di bumi sebelum munculnya burung dan kelawar.

Penyelidik berkata, sehingga 300 biji telur boleh didapati di tapak Xinjiang Uygur, ada yang ditanam di bawah fosil terdedah.

Sebelum penemuan ini, hanya lima telur pterosaur yang telah dipelihara dengan baik yang terdapat di kawasan ini dan satu telah dijumpai di Argentina.


Tambah penyelidik, penemuan tidak termasuk sarang sepesis tersebut. Kemungkinan telur telah dibawa oleh banjir yang melanda tanah tempat sepesis itu bersarang.

Sumber - Voanews, Houston Public Media, National Public Radio

Post a Comment

0 Comments

loading...