Dengan kebersihan yang sangat memberangsangkan, stesen minyak Petron Tongkang Pechah berjaya memukau pengunjung serta mengalahkan tandas-tandas stesen minyak yang lain.
Tandas stesen minyak itu dinamakan sebagai juara bagi kategori stesen minyak untuk pertandingan Tandas Bersih 1Malaysia 2017 hari ini.
Bersyukur dan bergembira dengan prestasi tandasnya itu, pemilik premis, Ng Chiew Fong berkata usaha pihaknya seja mula beroperasi pada 2013 membuahkan hasil.
“Stesen minyak kami meniru konsep premis sama di Filipina, dan mencontohi projek perintis syarikat Petron di Selangor. Kami amat menitikberatkan keselesaan pelanggan yang singgah bukan semata-mata untuk mengisi petrol dan diesel.
“Tetapi mereka perlukan ruang dan keselesaan untuk berehat, membersih dan menyegarkan diri sebelum memulakan perjalanan semula. Apa yang penting, kami mahu pelanggan rasa gembira apabila meninggalkan stesen minyak kami,” katanya sebagaimana lapor Harian Metro.
Menurut Chiew Fong, tandas itu turut menyediakan kemudahan seperi pendingin hawa, kafe dengan harga berpatutan ruang mengisi angin dan vakum serta ATM.
“Kami juga sentiasa mengadakan acara menghargai pelanggan seperti memberi minuman dan mengilatkan tayar kenderaan secara percuma, memberi diskaun dan cabutan bertuah, selain turut mengadakan aktiviti tanggungjawab sosial korporat (CSR) kepada masyarakat setempat,” katanya.
Hasil carian kami di media sosial turut menunjukkan orang ramai memuji stesen minyak terbabit. Antaranya adalah komen dari @vixxroyale yang berkata "ianya stesen minyak yang paling bagus pernah saya tengok".
This petrol station is by far, the best petrol station I've ever been into— ♠ (@vixxroyale) July 28, 2017Location: Petron Tongkang Pechah, Batu Pahat http://pic.twitter.com/4gyhlRKOeC
0 Comments