Aktor filem Tombiruo Penunggu Rimba, Farid Kamil dan artis kelahiran Singapura, Aaron Aziz muncul antara 169 penerima darjah kebesaran dan pingat Pahang.
Pengurnian darjat kebesaran negeri itu adalah sempena memuliakan ulang tahun Hari Keputeraan Sultan Ahmad Shah di Istana Abu Bakar, Pekan hari ini.
Farid Kamil, 34, dan Aaron Aziz, 41, masing-masing dikurniakan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk.
Isteri Menteri Wilayah Persekutuan, Datin Seri Anggraini Sentiyaki mendahului senarai 169 penerima yang dikurniakan Darjah Kebesaran Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) yang membawa gelaran Datuk Seri.
Antara penerima lain dari 78 orang yang turut menerima darjah kebesaran seperti Farid Kamil dan Aaron Aziz adalah Pengarah KGSS Venture Holdings Sdn Bhd, Tengku Ferozdin Tengku Abdul Rahim, Ketua Pengarah Eksekutif Felcra Berhad, Datuk Zulkarnain Md Eusope dan Pengarah Kastam Kelantan, Datuk Mohd Nasir Yusoff.
Farid Kamil yang juga pelakon, pengarah dan Penerbit Filem FKX Sdn Bhd pernah membintangi beberapa filem pelbagai genre antaranya Rem-It, V3 Samseng Jalanan dan Lagenda Budak Setan. Perkahwinannya bersama aktres jelita, Diana Danielle dikurnikan dua cahata mata, Mohammd, 4, dan Nur Aurora, 2.
Manakala Aaron Aziz adalah pelakon kelahiran Singapura yang kini berhijrah ke Malaysia untuk mengembangkan kariernya. Kehadirannya ke tanah air berjaya memeriahkan industri tanah air apabila beberapa filem lakonannya mencatatkan kutipan tinggi antara filem KL Ganster dan KL Gangster 2. Selain itu, Aaron Aziz turut pernah menjadi pelakon utama beberapa filem lain ataranya Pisau Cukur dan Lari.
Sumber : myMetro
lagi info di : edisiviral.com
0 Comments