30 Dis - Seorang wanita ditemui menggantung diri di dalam bilik rumahnya selepas dipercayai mencekik leher anak perempuannya hingga mati di Taman Skudai Indah, Johor.
Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara Superintendan Beh Eng Lai berkata, wanita berkenaan,yang juga pesakit kanser tahap empat ditemui mati tergantung di sebuah bilik gimnasium di tingkat bawah rumah itu.
Sementara itu, anak perempuannya, 10 tahun ditemui dengan kesan cekik di leher.
Gambar Hiasan |
“Pihak ambulans dari Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru hadir ke lokasi kejadian dan mengesahkan mangsa maut tiga jam sebelum mayatnya ditemui akibat jerutan pada leher dan tiada kesan jenayah terhadap si mati," katanya dalam satu kenyataan.
Beliau berkata siasatan awal mendapati semasa kejadian itu, suami mangsa pergi bekerja manakala dua lagi anaknya masing-masing berusia 16 dan 19 tahun juga tiada di rumah kerana keluar membeli kelengkapan persekolahan di Tampoi.
Sumber: Mstar Online
0 Comments