BNM Lancar eCCRIS, Sudah Boleh Cetak Laporan Dari Rumah Secara Percuma & Lelaki Ini Ajar Langkah Demi Langkah Untuk Daftar

21 Dis - Baru-baru ini secara rasminya Bank Negara Malaysia (BNM) melancarkan platform elektronik untuk sistem Central Credit Reference Information System (CCRIS). Platform ini dikenali sebagai eCCRIS. Sisitem elektronik ini diwujudkan bagi memudahkan para pengguna mendapatkan data tentang segala hutang pengguna dengan pihak bank.

Dengan wujudnya platform elektronik CCRIS ini, anda sebagai peminjam akan lebih mudah untuk menyemak rekod pembayaran anda dengan semua institusi kewangan yang anda pernah lakukan pinjaman termasuk Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Seperti semua maklum, CCRIS adalah sistem dimana tersimpan semua rekod pinjaman secara peribadi dan daripada CCRIS ini juga pihak bank merujuk untuk meluluskan permohonan pinjaman anda yang baru.

Seorang pengguna Facebook telah berkongsi cara untuk mendaftar eCCRIS ini di BNM. Beliau yang dikenali sebagai Harith Faisal telah memuat naik beberapa keping gambar cara mendaftar menggunakan Kiosk CCRIS yang terdapat di Bank Negara Malaysia. Jom ikuti perkongsian yang bermanfaat ini dan boleh lah kita mendaftar dengan segera.

eCCRIS baru dilancarkan!! Hari ni, saya dan kawan-kawan excited sangat pergi ke BNM sebab nak daftar untuk kali pertama. Ya, hanya sekali saja perlu ke sana, lepas ni kami boleh dapatkan laporan CCRIS kami dari rumah. Asalkan ada internet.

Nah saya dah sediakan tutorial untuk daftar eCCRIS kat BNM dan dapatkan laporan CCRIS secara percuma dari rumah. Kita kena selalu bersyukur, hidup kita makin mudah. Buat korang yang masih belum kenal CCRIS, saya nak cerita sikit ni.

Laporan CCRIS ni dia kumpulkan rekod bayaran bulanan untuk 12 bulan terkini kesemua hutang kau dengan bank. Kewangan yang baik, rekodnya semua nombor 0, 0, 0, 0, 0. Maksudnya, kau takda apa-apa tunggakan. Semua bayar cantik.

Kalau muncul angka 1 tu maksudnya kau ada sebulan tertunggak bayaran bulanan. Ada juga yang sampai muncul angka 36 tau. Maksudnya dah 3 tahun tak bayar hutang, biasanya PTPTN-lah. Ramai orang buat-buat hilang ingatan. Haha!

Jom saya tunjukkan cara semak CCRIS secara online iaitu eCCRIS. Mudah, percuma, pantas dan selamat dunia akhirat. Penerangan ada kat setiap gambar.



1. Bila-bila kau ada masa lapang, kau pergilah bersiar-siar ke kiosk CCRIS kat BNM. BNM tu apa? Bank Negara Malaysia-lah. Datang hari bekerja daripada pukul 9.00 pagi sampai 5.00 petang. Ni alamatnya,

BNMLINK
Jabatan LINK & Pejabat Wilayah
Tingkat Bawah, Blok D
Bank Negara Malaysia
Jalan Dato’ Onn
50480 Kuala Lumpur




2. Bila dah sampai depan kiosk tu, kau kena pilih bahasa apa yang kau nak. Bahasa Malaysia atau English. Nak bahasa lain, kau kena pergi negara lain. Okay tak lawak.



3. Klik eCCRIS.



4. ‎Klik "Daftar Pengguna" segera. Tak payah nak fikir lama-lama sangat. Bukannya kau tengah jawab soalan sejarah SPM pun. 

Post a Comment

0 Comments

loading...