Berbakat Untuk Ulas Mainan Kanak-kanak Di Usia 6 Tahun, Budak Lelaki Ini Meraih RM44 Juta.

Siapa sangka baru sahaja mencecah umur 6 tahun, kanak-kanak ini sudah memiliki wang sebanyak £8.2 juta dalam jangsa masa setahun.

Dengan keistimewaan beliau mengulas pelbagai mainan menjadikan Ryan, 6, antara Youtuber paling kaya tahun ini berdasarkan kajian yang dilakukan Forbes.

Nilai saluran milik Ryan iaitu Ryan Toys Review mencapai AS$11 juta selama setahun bermula Jun 2016. Beliau telah tersenarai di tempat ke lapan sebagai penerima bayaran tertinggi oleh Youtube tahun lalu.

tentunya keluarga Ryan amat berbangga dengan pencapaiannya selepas memulakan saluran Youtube itu ketika berusia 3 tahun.

Ibunya, Loann yang merupakan bekas guru telah mengambil keputusan untuk berhenti dan mula menguruskan akaun anaknya itu. Sehingga kini, Ryan mempunyai 10 juta pengikut.

Ryan mula berminat untuk mengulas mainan selepas menonton banyak video mengenainya. Ryan bertanya, “kenapa saya tiada dalam youtube seperti kanak-kanak lain?” Mulai saat itu juga Ryan dibawa ke kedai untuk membeli set keretapi Lego dan dia mengulasnya jelas Loann.

Sumber: Daily Mail



lagi info di : edisiviral.com

Post a Comment

0 Comments

loading...