Berakhir Hayat Lelaki Berani Mati China, Temui Ajal Selepas Terjatuh Dari Bangunan 62 Tingkat

Pelagak ngeri terkenal China dikatakan menemui ajal akibat terjatuh dari bahagian atas sebuah bangunan setinggi 62 tingkat.

Menurut sumber, dia dipercayai terjatuh pada tingkat 45 bangunan itu, sebelum mayatnya ditemui pembersih tingkap bangunan terbabit.

Wu Yongning, 26, dikatakan sedang melakukan panjatan di bahangian atas bangunan tersebut, namun terlepas cengkaman menyebabkan dia terjatuh.

Insiden itu ditangkap pada kamera yang Yongning telah letakkan di bahagian bangunan lain untuk merakamkan dirinya.

Yongning telah meninggal dunia pada 8 November lalu tetapi kematiannya hanya disahkan oleh ahli keluarga pada 8 Disember kerana peminat bimbang selepas tiada video dimuatnaik ke akaun media sosialnya selama sebulan.

Dengan kerjaya sebagai seorang ahli seni pertahanan diri dan gemar mengimbangi diri di atas tali antara dua bangunan tinggi, Yongning meraih hampir satu juta orang pengikut di akaun media sosialnya.

Tetapi Yongning masih sempat mengingatkan para pengikutnya supaya tidak meniru aksi ngeri yang dilakukannya pada video terakhir itu.

Sementara itu, pihak berkuasa tempatan yang menyiasat kes itu menyifatkannya ia sebagai kemalangan dan belaku secara tidak sengaja.

Sumber – Daily Mail



lagi info di : edisiviral.com

Post a Comment

0 Comments

loading...