Asap Berkepul-Kepul Di Kampung Baru Pagi Tadi, Sekurang-Kurangnya 4 Buah Rumah Musnah


Penduduk di Jalan Raja Uda, Kampung Baru di Kuala Lumpur dikejutkan dengan kejadian kebakaran yang berlaku hari ini.

Dalam kejadian tersebut, sekurang-kurangnya empat buah rumah dipercayai musnah terbakar dalam kebakaran kira-kira 9.30 pagi tadi.

Berdasarkan maklumat awal, kebakaran tersenut melibatkan deretan rumah kayu.

Hingga setakat ini, masih belum ada sebarang laporan berhubung jumlah kerugian harta benda atau nyawa yang dibuat.

Berdasarkan beberapa video yang tersebar di media sosial, api marak jelas dapat dilihat dari ruang udara.

Setakat jam 10.45 pagi tadi, pihak bomba dengan dibantu penduduk setempat masih lagi bertukus-lumus untuk memadam kebakaran tersebut.

Jalan Raja Uda adalah sebatang jalan yang terletak di kawasan kejiranan Kampung Baru berhampiran dengan ibu negara. Nama Raja Uda diambil sempena nama Tun Raja Uda Bin Raja Muhammad iaitu Yang Di-Pertuan Negeri pertama untuk Pulau Pinang.












Sumber : myMetro

Post a Comment

0 Comments

loading...