Apple Disaman Selepas Syarikat Itu Mengaku Sengaja Memperlahankan Peranti-Peranti Lama.

Cupertina - Dua pemilik iPhone yang tinggal di Los Angelas menyaman Apple pada Khamis, sehari selepas syarikat gergasi itu mengaku ia memperlahankan iPhone-iPhone yang lama bagi mengatasi masalah bateri di peranti berkenaan.

Plantif Stefan Bogdanovich dan Dakota Speas, yang merupakan pelajar perundangan di USC memfailkan saman itu di Central District Court of California.

Mereka mempersoalkan tindakan Apple memasang satu ciri baru bagi mengekang iPhone-iPhone lama tanpa kebenaran pemilik.

Mereka juga mendakwa syarikat itu dengan sengaja 'mengganggu' telefon-telefon itu bagi merosakkan mereka, yang menjadi 'faktor besar yang menyebabkan pemilik bertukar kepada iPhone baru, membeli bateri baru, atau hilang kebolehan untuk menggunakan iPhone mereka.

Menurut The Mercury News, Apple tidak terus memberi sebarang komen ketika diminta.

Bogdanovich dan Speas memfailkan saman selepas Apple, pada Rabu, buat kali pertama mengaku ia memasang satu ciri pada iPhone 6, 6S dan SE pada tahun lepas yang mempunyai bateri lama dan terdegradasi bagi mengelakkan peranti itu terpadam secara tiba-tiba. Bagaimanapun, ciri itu mengurangkan keupayaan pengkomputeran iPhone-iPhone terbabit bagi menghentikan penggunaan kuasa bateri terlalu banyak.

Bogdanovich dan Speas mendakwa Apple melanggar kontrak tersirat dengan mereka dan pemilik iPhone lain dengan "sengaja memperlahankan model iPhone yang lebih lama apabila model baru keluar dan "gagal mendedahkan perkara itu dengan betul" ketika mereka membeli iPhone mereka.

Sumber: Mercury News

Post a Comment

0 Comments

loading...