7 Sebab Kenapa Perlu Bayar Zakat di PPZ-MAIWP & Ada Cabutan Bertuah Jika Anda Bayar Sebelum 31 Disember Ini

Menjadi kewajipan orang Islam untuk tunaikan kewajipan zakat. Namun kerap kali dilemanya adalah, dimanakah tempat yang sepatutnya untuk menunaikan zakat.

PPZ-MAIWP memperkenalkan kempen membayar zakat Year End Zakat 2017 sebagai galakan untuk bayaran zakat. Kempen ini diperkenalkan bermula 1 -31 Disember 2017 untuk memudahkan urusan pembayaran zakat.

PPZ-MAIWP bakal membantu anda untuk urusan pembayaran zakat. Dan kami kongsi 7 kelebihan  pusat zakat ini untuk anda pilih:

1. Kaunter Zakat di Mana-Mana 

Kaunter pembayaran zakat tidak lagi hanya berada di masjid atau dimana-mana kaunter zakat. PPZ-MAIWP telah menyediakan 11 kaunter bayaran zakat iaitu 8 di Kuala Lumpur, 2 di Putrajaya dan 1 di Labuan. Untuk memenuhi dan memudahkan kewajipan membayar zakat, PPZ-MAIWP juga mengambil inisiatif untuk mengadakan kaunter zakat bergerak iaitu pada di 12 lokasi yang telah ditetapkan. Bukan itu sahaja, anda juga boleh membayar melalui kaunter Pejabat Pos untuk urusan tersebut.

2. Kaunter PPZ-MAIWP dibuka 7 hari seminggu. 
Untuk memudahkan pembayaran bagi yang sibuk berkerja, PPZ-MAIWP memberi peluang untuk membayar zakat pada hujung minggu kerana kaunter PPZ-MAIWP dibuka 7 Hari Seminggu sepanjang Disember 2017. Tambahan pula, bersempena dengan Year End Zakat (YEZ), kaunter PZ-MAIWP pada 26-31 Disember beroperasi hingga 8.00 malam!
3. Pembayaran ‘online’. 
PPZ-MAIWP juga mengambil langkah untuk memudahkan urusan zakat dengan membenarkan pembayaran secara online dilakukan melalui Maybank2u, Bank Islam, Cimb, Bank Rakyat dan banyak lagi. 
4. Bayar dengan ‘potongan gaji’. 
PPZ-MAIWP juga menyediakan Skim Thohir untuk memudahkan urusan bayaran zakat iaitu melalui potongan gaji. Anda tidak lagi perlu risau untuk mengeluarkan wang dan pergi ke kaunter, tetapi hanya pohon Skim Thohir dengan majikan anda.
5. Dapat hadiah dari pembayaran zakat. 
PPZ-MAIWP juga menyediakan cenderahati buat pembayar zakat sebagai insentif dan galakan untuk bayaran zakat. Cenderahati tersebut adalah Kalendar Meja 2018, CD Mau’izati oleh Ustaz Ahmad Dusuki dan Buku Siri Rukun Islam untuk mereka yang datang bersama anak-anak. Anda bakal peroleh cenderahati ini semasa bayaran zakat sebelum berakhir tahun 2017!
6. Cabutan bertuah setiap hari kepada pembayar zakat di kaunter zakat PPZ-MAIWP. 
Untuk pembayar zakat bermula 1-29 Disember akan diadakan satu cabutan bertuah setiap hari! Dan untuk 30 dan 31 Disember pula akan diadakan 20 cabutan bertuah
7. 100 cabutan bertuah 
Sebanyak 100 cabutan bertuah kepada  pembayar zakat di portal www.zakat.com.my yang membuat bayaran sebelum 31 Disember 2017
Disamping itu juga, di kaunter Shamelin Perkasa, akan diadakan penampilan istimewa mascot Omar dan Hana, untuk memeriahkan suasana pada 30 dan 31 Disember 2017 disamping kehadiran Man Raja Lawak dan Bell Ngasri.

Post a Comment

0 Comments

loading...