Ipoh, 22 Dis – Sekumpulan 38 ekor kera ditemui mati dipercayai diracun di sebuah kuari lama berdekatan Bukit Larut, Taiping pagi semalam.
Seorang anggota Persatuan Kepolisan Komuniti Aulong Taiping Perak menemui bangkai-bangkai terbabit dan melaporkannya kepada pihak berkuasa dengan segera.
Pengarah Hospital Taiping Zoo & Night Safari, Dr Kevin Lazarus berkata, mereka menghantar doktor haiwan ke tempat kejadian setelah diberitahu mengenai penemuan terbabit.
“Doktor haiwan kami bergegas ke tempat dan menemui 38 bangkai kera. Kami percaya kera-kera itu diracun di tempat yang berbeza dan dibuang di kuari.
“Kami percaya kera itu diracuni kerana tiada kecederaan luaran padanya.
“Kami telah mengambil sampel dari bangkai itu dan menghantarnya ke makmal untuk ujian,” katanya sebagaimana lapor MMO.
Beliau juga berkata ini adalah kejadian pertama dengan skala sedemikian yang berlaku di Taiping.
Dr Kevin berkata mereka juga telah melaporkan kejadian tersebut kepada Jabatan Hidupan Liar dan Taman Negara untuk tindakan selanjutnya.
Sumber: MMO
lagi info di : edisiviral.com
0 Comments