Sebelum ini ramai tertanya-tanya objek apa dibina di atas padang di Dataran Merdeka menyerupai lima biji bola golf gergasi sejak beberapa minggu lalu, sudah pasti ada satu acara yang besar akan dianjurkan yang sudah sinonim dengan Dataran Merdeka, cuma kali ini ada binaan besar diwujudkan.
Semuanya terjawab rupanya satu karnival terbesar telah dianjurkan iaitu Expo Negaraku telah membuka tirainya hari ini 15 November 2017 dan akan berlangsung selama sebulan iaitu sehingga 15 Disember 2017 bertempat di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan hadir pada kira-kira jam 8 malam ini untuk majlis perasmian yang dijangka begitu meriah dan gilang-gemilang dengan kehadiran beberapa artis terkenal tanah air seperti Faizal Tahir, Daniel Lee, Ismail izzani, Hael Husaini, Rich Estranged, Qody Mentor, Mira Mesli ft Pozy Plague, Maisarah Ukulele dan Reshma AF.
Dikhabarkan bahawa Expo Negaraku ini merupakan ekspo infrastruktur yang terbesar pernah dianjurkan di Malaysia dan apa yang paling menarik ianya pengunjung akan dijanjikan satu kepuasan yang tidak akan anda perolehi di tempat lain kerana kebanyakkan pameran akan didatangkan dalam bentuk interaktif dan interaksi.
Contoh salah satu yang pasti buat korang semua teruja, tengok video di bawah.
Air terjun ada dalam ruang pameran? Serius? Kalau nak tahu itu adalah sedikit demo paparan lampu LED yang akan memeriahkan ruang-ruang pameran di Expo Negaraku ini, itu belum lagi korang disajikan dengan paparan 3D yang akan berlegar-legar di sekeliling ruang pameran.
Expo Negaraku ini bukan pameran statik yang penuh dengan papan kenyataan itu tau, pameran ini membolehkan korang mencuba pelbagai aktiviti interaktif seperti pandu simulasi bas, simulasi kereta api dan pelbagai lagi yang tidak akan jumpa di tempat lain.
Panjang pula nak hurai, sebab banyak gila aktiviti menarik, jadi untuk pendekkan cerita, jom lihat fakta-fakta menarik tentang ExpoNegaraku.
1. Dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak padan jam 8 malam ini, 15 Novermber 2017 dalam majlis yang dijanjikan meriah kepada pengunjung di mana akan diadakan pertunjukan cahaya lampu yang pasti buat korang teruja.
10. Pengunjung dijangka mengambil masa antara 45 hingga 60 minit bagi melawat keseluruhan pameran dan ekspo ini .
11. Sesuai untuk semua peringkat umur serta menjadi tarikan utama aktiviti sekeluarga musim cuti sekolah hujung tahun.
12. Bukan hanya pameran, aktiviti lain yang turut dianjurkan adalah Pesta Fiesta iaitu
- Pertandingan Futsal (18-19 November 2017) jam 8 pagi
- Zumba Nation (18 November 2017) jam 8.30 pagi
- Pesta Buah-Buahan (26-26 November 2017) Jam 10 pagi – 10 malam, acara admin paling tunggu-tunggu ni, mana tahu ada durian ker.
- Pasar Malam
- Sukan Rakyat
- Comedy Night
- KL Go Cart
13. Ada tema mingguan iaitu Kesihatan dan Kesejahteraan pada minggu pertama, diikuti Citarasa Kita, Kebudayaan dan Pelancongan, Permainan Tradisional, diakhiri Aktiviti dan Permainan.
14. Kehadiran dijangkakan seramai 500,000 pengunjung.
15. Jalan Raja di Dataran Merdeka akan mula ditutup bermula pada 15 November hari ini selama sebulan dari digunakan sebagai laluan awam.
16. Pengguna jalan raya yang ingin ke Ekspo Negaraku dinasihati supaya menggunakan pengangkutan awam seperti LRT, MRT dan Monorail serta elak daripada menggunakan laluan yang terlibat jika memasuki pusat bandar pada tarikh tersebut.
17. Grab akan memberi diskaun RM5 untuk pengunjung Expo Negaraku bagi setiap perjalanan mereka.
Sembang banyak pun tak guna kalau tak pergi, dah la free, memang korang takkan jumpa kernival free macam ni yang gampak giler, hari ini ok dah, tunggu hari minggu memang sah-sah sesak.
0 Comments