Sambut Hari Jadi, Shopee Buat Sale Lagi Sampai Diskaun Sampai 99%, Ada Produk Dijual Serendah RM1


Berita baik untuk semua penggemar “online shopping”! Laman membeli belah terkenal Shopee akan mengadakan SALE tak masuk akal sempena ulangtahunnya pada 1 hingga 14 Disember ini. Set kalendar anda, 2 hari lagi Shopee akan menawarkan harga paling rendah untuk lebih 150,000 barangan!

Penulis tahu ramai yang tidak sabar. Antara tawarannya adalah “Birthday Treats” pada 1-12 Disember ini, antara yang terlibat seperti DiGi, Petronas, B Infinite, Photobook dan banyak lagi.


Manakala pada 1-3 Disember ini, BEST OF BIRTHDAY SUPER SALE akan diadakan sempena pre-birthday sale, banyak barangan akan ditawarkan dari jenama terkemuka seperti Courts, Toshiba, L’oreal Paris, Hush Puppies, Tefal, Tommee Tippie dan Nestle.

Bukan itu sahaja, jika bertuah anda juga bakal memenangi percutian ke Honolulu, Hawaii untuk 2 orang bernilai lebih RM15,000 atau memenangi sebuah iPhone X bernilai lebih RM5,500, serta hadiah bernilai sehingga RM50,000 untuk pengguna yang membeli-belah lebih dari RM100 melalui transaksi FPX sepanjang bulan Disember ini. Pemenang akan diumum pada Januari 2018. Mana nak dapat beb! Shopping barang-barang, dapat bercuti lagi, hadiah dan iPhone percuma pulak tu!

Jangan main gila! Bemula 1 hingga 14 Disember Shopee juga bakal menawarkan harga serendah RM12 dan diskaun sebanyak 90% setiap hari pada pukul 9 pagi, 3 petang dan 9 malam. Pada 1,12,13 dan 14 Disember . slot “RM12 Shocking Sale” ini akan berlangsung 5 kali iaitu pada pukul 12 tengah malam, 8 pagi, 12 tengahari, 4 petang serta 8 malam.

Selain itu, “Beat the Clock” pada 1 dan 12 Disember bakal menawarkan voucher istimewa bernilai lebih RM500,000 kepada anda 6 kali pada setiap hari tersebut, iaitu pada pukul 12 tengah malam, 8 pagi, 12 tengahari, 3 petang, 8 malam dan 10 malam.

Pada 21 November hingga 14 Disember, pengguna aplikasi Shopee berpeluang memenangi voucher, hadiah dan Shopee Coins bernilai lebih RM300,00 melalui “Spin the Wheel”. Kos penghantaran juga PERCUMA dengan setiap pembelian melebihi RM20.

Dahla kos penghantaran percuma, jika anda membuat transaksi pembayaran atas talian melalui bank-bank terpilih seperti Hong Leong Bank, Ambank, CIMB Bank, Citibank, Maybank, Public Bank dan RHB Bank, anda bakal mendapat diskaun sehingga 10%! Fuhhhh! SALE habis-habisan ni!

Untuk kekal sihat serta menjadi abang sado dan kakak hot, anda berpeluang memenangi akses 5 hari akses gym percuma dari Celebrity Fitness jika anda membeli-belah di Shopee melalui aplikasi telefon mudah alih anda sepanjang SALE ini berlangsung.

Banyak lagi acara menarik sempena Shopee Birthday SALE ini antaranya SNAP & WIN contest, Facebook Birthday Frame Contest, serta anda boleh mengundi selebriti media sosial kegemaran anda sambil memenangi sejumlah wang.

Hanya untuk Likers Siakap Keli, ada boleh dapatkan antara salah satu barang di bawah hanya untuk RM1!


Nak tau macam mana nak redeem? Ikuti cara-cara di bawah:-

1. Muat turun app Shopee di Google Play atau App Store.
2. Cari item bernama 'Shopee's Birthday Redemption' dalam app.
3. Gunakan kod '1SIAKAP' semasa checkout.

Itu je! Senang je kan? Promosi ini terhad untuk 200 pengguna baru Shopee sahaja.

Post a Comment

0 Comments

loading...