Peminat filem seram sudah tentu sedia maklum tentang akan filem seram klasik The Exorcist (1973) telah diarahkan oleh pengarah William Friedkin yang telah berjaya membuat penontonnya merasai ketakutan yang dibawanya.
Siri The Exorcist yang bersiar 2016 pula merupakan sekuel kepada francais ini yang dicipta oleh Jeremy Slater. Siri The Exorcist menceritakan kisah seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun telah dirasuk syaitan dan ibunya berusaha menyembuhkan si anak melalui proses exorcism yang telah dilakukan oleh dua orang paderi dengan cara yang berbeza.
Tapi itu bukan penamatnya, selepas semuanya selesai, mereka diganggu dan perlu berdepan dengan satu pasukan baru dan jahat di sebuah pulau terpencil di Seattle.
1. Siri kedua ini dikatakan menjanjikan kejutan dan babak-babak lebih seram berbanding siri pertamanya dengan siri penangkapan hantu yang lebih kuat dan berkuasa.
Penampilan John Cho sebagai Andrew Kim yang merupakan bekas ahli psikologi yang menguruskan rumah asuhan, manakala Brianna Hildebrand yang memainkan peranan sebagai Verity yang merupakan anak asuhan Andrew. Hubungan antara Andrew dan Verity ini merupakan tonggak utama dalam siri kedua ini.
2. Siri kedua EXORCIST membawa kembali watak Paderi Tomas Ortega (Alfonso Herrera) dan penampilan Marcus Keane (Ben Daniels) untuk memburu kejahatan selepas peristiwa-peristiwa di Chicago.
Apa yang menjadikan drama bersiri musim kedua ini lebih menarik adalah apabila dua episod pertama drama ini adalah sambungan daripada musim satu iaitu Tomas dan Marcus menyambung misi mereka untuk melindungi Amerika (dan dunia) dari pemberontakan jahat bahagian epik. Ia adalah pengaturcaraan genre yang menarik dan salah satu acara seram yang terbaik dalam landskap televisyen yang mengejutkan dengan pertunjukan seram
3. Kalau rasa filem seram di luar sana menakutkan, bayangkan siri The Exorcist ini adalah adaptasi dari filem paling seram pernah dihasilkan sebelum ini, memang terbaik jalan cerita dia.
Namun sejauh mana kepercayaan dan kebenaran itu akan terbukti dalam drama bersiri musim kedua yang sememangnya lebih mencabar dan menarik berbanding musim pertama.
7. Jika anda seorang peminat seram dan anda tidak menonton, anda amatlah rugi kerana babak-babak yang ditayangkan sememangnya memenuhi keperluan dan cita rasa peminat seram yang sebenar.
Jangan lupa saksikan siri The Exorcist setiap Sabtu, 11 malam di KIX HD, saluran 729 di Astro!
0 Comments