Lepas Idris Khan – Raja Afiq Pula Disebut ‘AKTOR HAMILKAN BEKAS KEKASIH’

facebookLIKE UTK TERIMA UPDATE TERKINI & KLIK [X] UTK TUTUP --> Button Close

Like kami di facebook untuk menerima update terkini terus ke wall facebook anda.

Sebelum ini, pelakon Idris Khan yang bakal berkahwin dengan gadis Maghribi tidak lama lagi itu didakwa sebagai aktor yang menghamilkan seorang wanita muda sehingga melahirkan zuriat tersebut.

Namun ia telah dinafikan oleh Idris setelah namanya disebut netizen sebagai salah seorang suspek.

Terkini, pelakon drama ‘Lelaki itu Pemilik Hatiku’ dan ‘Sayangku Kapten Mukhriz’ iaitu Raja Afiq pula disebut oleh netizen sebagai aktor tersebut.

Raja Afiq ketika dihubungi Harian Metro itu bagaimanapun mendakwa tidak tahu menahu mengenai gosip itu dan tidak bimbang dituduh kerana tiada kaitan dengan berita itu langsung.

“Saya tidak pernah dengar pun gosip ini. Saya juga tidak tahu netizen mengesyaki saya pelakon yang dimaksudkan dalam gosip berkenaan.

“Saya tidak faham apa yang menyebabkan mereka membuat dakwaan seperti itu. Rasanya saya tidak perlu ambil tahu kerana tiada kaitan dengan saya pun,” jelasnya.

Pelakon berbadan sado yang kini bercinta dengan seorang wanita bernama Queen B itu berkata, dia tidak ambil pusing dengan spekulasi tersebut:

“Saya tidak berkecil hati dengan tanggapan orang itu. Saya hanya ingin fokus pada kerjaya,” ujarnya lagi.

Terdahulu, mStar Online mendedahkan pengakuan seorang wanita bahawa seorang aktor drama kegilaan ramai yang sudah mempunyai kekasih itu telah menghamilkannya.

Sumber M Star

Dakwa wanita itu lagi, aktor terbabit kemudian melarikan diri seolah-olah tiada apa-apa yang pernah berlaku sehingga dirinya melahirkan anak pada 3 Oktober lepas.

Susulan itu, ia menimbulkan pelbagai spekulasi di media sosial mengenai identiti pelakon yang didakwa bermalam dengan wanita itu yang juga bekas kekasihnya di Port Dickson pada 17 Januari.

Dalam pada itu, wanita yang selamat melahirkan anak itu mendakwa bayinya berwajah seiras dengan aktor yang dikatakan.

Wanita itu tidak mahu berkahwin dengan aktor tesebut, sebaliknya hanya ingin aktor itu melunaskan tanggungjawab membayar kos membesarkan anak tersebut dengannya.

sumber

The following two tabs change content below.

Comments

comments



lagi info di : edisiviral.com

Post a Comment

0 Comments

loading...