Lelaki Tendang Belakang Wanita Di Jejantas Berdekatan Bank Negara Sudah Ditahan – Polis

Seorang lelaki yang dirakam perbuatannya menendang seorang wanita, seperti yang tersebar di media sosial, secara sengaja di jejantas dari Bank Negara Malaysia (BNM) menuju ke Jalan Raja Laut sudah di tahan pihak berkuasa semalam.

Menurut Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mazlan Lazim, pihak polis menahan suspek yang berusia 44 tahun itu di hadapan pondok bas di sebuah masjid di Kampung Baru Muda, Jalan Ipoh kira-kira jam 11 malam.

“Semakan mendapati suspek mempunyai rekod jenayah lampau bersabit ugutan, khianat dan mencederakan orang.


“Suspek sebelum ini pernah dihukum penjara tiga bulan kerana menendang belakang seorang setiausaha wanita yang bertugas di Bukit Aman, Julai tahun lalu,” katanya lagi.

Laporan media semalam menyebut bahawa seorang lelaki dilihat sengaja menendang seorang wanita yang sedang berjalan di hadapannya seperti yang dirakam dalam rakaman berdurasi 14 saat yang menjadi tular di media sosial.

Dalam kejadian yang dipercayai berlaku pada kira-kira 1.30 petang, mangsa berusia 35 tahun itu sedang berjalan kaki menuju ke Jalan Raja Laut melalui jejantas tersebut secara berseorangan ketika keluar dari pintu BNM.

Suspek yang ketika itu dirakam berada di belakang mangsa kemudian secara tiba-tiba menendang belakang wanita itu menyebabkan mangsa terjatuh di atas tangga jejantas. Suspek kemudian beredar dari tempat kejadian seolah-olah tiada apa yang berlaku.

Mangsa menanggung kecederaan sakit di bahagian belakang badan akibat kejadian itu.

Menurut polis, suspek akan disiasat mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan.

Suspek sebelum ini pernah dijatuhkan hukuman penjara atas jenayah yang sama apabila menendang mangsa di laluan pejalan kaki Stesen LRT Bandaraya ke Stesen Komuter BNM, tahun lalu.

Pada tahun 2013, suspek juga pernah ditahan pihak berkuasa kerana membawa parang ketika masuk ke dalam BNM.

Sumber : BH Online



lagi info di : edisiviral.com

Post a Comment

0 Comments

loading...