Harga Dan Spesifikasi Perodua Myvi Baru 2018 | Umum mengetahui Perodua bakal melancarkan kereta Myvi model baharu tahun 2018 pada bulan ini. Ramai yang ternanti-nanti untuk membeli Perodua Myvi Baru 2018 ini. Untuk pengetahuan umum, rakyat Malaysia sudah boleh mula membuat tempahan keatas Myvi Baru 2018.
Jadi disini Dr Fuh kongsikan harga dan spesifikasi Perodua Myvi Baru 2018 supaya anda semua boleh menilai sama ada berbaloi atau tidak untuk membeli kereta Perodua Myvi Baru 2018 ini.
Perodua Myvi baharu (2018) didatangkan dalam 5 varian dengan 2 pilihan enjin, 1.3L & 1.5L. Berikut adalah harga, spesifikasi dan ciri-ciri menarik yang terdapat pada Perodua Myvi 2018 ini.
HARGA PERODUA MYVI 2018
Perodua Myvi (2018) 1.3L G Manual – RM44,300
Perodua Myvi (2018) 1.3L G Auto – RM46,300
Perodua Myvi (2018) 1.3L X Auto – RM48,300
Perodua Myvi (2018) 1.5L H Auto – RM51,800
Perodua Myvi (2018) 1.5L AV Auto – RM55,300
* Harga atas jalan termasuk GST tanpa insurans
SPESIFIKASI PERODUA MYVI 2018
1. ENAM PILIHAN WARNA
Granite Grey Metallic – 1.5L sahaja
Peppermint Green Metallic – 1.3L sahaja
Lava Red
Mystical Purple
Glittering Silver
Ivory White
2. ENJIN SAMA SEPERTI BEZZA
Perodua Myvi baharu (2018) hadir dengan enjin DVVT-i sedia ada dengan unit Toyota 1NR-VE 1.3L (seperti Bezza) dan 2NR-VE 1.5L (Vios baharu). Sementara, bahagian transmisi masih mengekalkan kotak gear automatik 4-kelajuan dan manual 5-kelajuan.
1.3L – 94hp @ 6,000rpm; 121Nm @ 4,000rpm
1.5L – 102hp @ 6,000rpm; 136Nm @ 4,200rpm
3. PENGGUNAAN BAHAN API
Perodua Myvi (2018) 1.3L – 21.1km per Liter
Perodua Myvi (2018) 1.5L – 20.1km per Liter
Penggunaan bahan api bagi Perodua Myvi versi sedia ada ialah 15.4km/liter.
4. CIRI KESELAMATAN PREMIUM
Paling menarik, Perodua Myvi baharu (2018) didatangkan dengan ciri Bantuan Keselamatan Termaju (ASA) dan lebih istimewa, versi premium model popular Perodua itu dipadankan 6 beg udara, manakala versi standard, 4 beg udara.
5. CIRI-CIRI MENARIK LAIN MENGENAI PERODUA MYVI BARU 2018
Berikut informasi yang perlu anda ketahui tentang model Perodua Myvi baru 2018:
- Lampu depan menggunakan lampu LED bersama ciri pelarasan sebagai standard.
- Lampu belakang didatangkan dengan desain kombi yang mirip model Kia Rio. Pembuka pintu but belakang menggunakan konsep sama pada model Axia baharu.
- Ruangan roda Perodua Myvi (2018) masih mempertahankan rim bersaiz 14-inci bagi 1.3L manakala varian 1.5L dipadankan dengan rim 15-inci dua tona. Ini sudah bagus!
- Selain pilihan warna merah, putih dan perak, Perodua turut memperkenalkan warna baharu, iaitu kelabu dan hijau.
- Sementara itu, rekabentuk papan pemuka tidak lagi mendatar dan keseluruhan butang kawalan berada pada posisi ergonomik.
- Posisi gear diletakkan pada konsol tengah, manakala butang penghidup tekan-mula (push/start) ditawarkan sebagai ciri standard semua varian.
- Varian tertinggi menerima skrin sentuh dengan integrasi GPS, pemain DVD dan lain-lain.
GAMBAR PERODUA MYVI BARU 2018
Boleh tahan menarik design Perodua Myvi Baru 2018 ni. Harga pon sangat berbaloi dengan spesifikasi yang ditawarkan. Tunggu apa lagi? Tempah lah sekarang sementara stok masih ada!
Sumber : Pandulaju.Com.My
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.
Comments
comments
lagi info di : edisiviral.com
0 Comments