(FOTO) Sakti Kencana Fitri, Anak Angkat Baru Fynn Jamal

facebookLIKE UTK TERIMA UPDATE TERKINI & KLIK [X] UTK TUTUP --> Button Close

Like kami di facebook untuk menerima update terkini terus ke wall facebook anda.

Penyanyi Fynn Jamal semalam menerusi akaun Instagramnya berkongsi berita gembira  apabila menerima seorang anak angkat perempuan yang diberi nama Sakti Kencana Fitri.

Umum mengetahui Fynn mempunyai masalah untuk hamil dan pernah juga mengambil seorang anak angkat lelaki, Bakti Arjuna Fitri yang kini sudah menjangkau usia 5 tahun.

Ramai juga netizen yang ingin mengetahui bagaimanakah penerimaan Juna terhadap adik barunya itu. Juna seorang kanak-kanak autistik mungkin tidak dapat meluahkan rasa gembira dengan kata-kata tetapi ada juga perlakuannya yang menunjukkan beliau tahu Sakti Kencana adalah adiknya.

Fynn ada berkongsi sedikit coretan mengenai Juna dan Sakti Kencana yang menyentuh hati pengikutnya di Instagram.

Walaupun tidak melahirkan Juna dan Sakti Kencana daripada rahimnya sendiri, naluri seorang ibu Fynn tetap kuat dan kasih sayang kepada dua orang anaknya itu kekal selamanya. Semoga Juna dan Sakti Kencana menjadi seorang anak yang soleh dan solehah serta hubungan mereka akan sentiasa rapat meskipun darah yang mengalir tidak sama.



lagi info di : edisiviral.com

Post a Comment

0 Comments

loading...