(Video) Wanita Menggigil Lihat Lelaki Tidak Dikenali Buka Zip Seluar Buat Perkara Tak Senonoh Belakang Rumah

Seorang wanita nyata terkejut hingga menggigil apabila menjadi saksi kepada perbuatan seorang lelaki melakukan onani di belakang rumahnya di Taman Utama di Klang, Selangor.

Ketika kejadian yang belaku pada jam 2.20 petang, Aziyana Sudin, 32, yang mahu membasuh pinggan melihat kelibat seorang lelaki melalui tingkap dapur rumahnya yang sengaja dibuka untuk mengeluarkan bau masakan. Ketika lelaki itu lalu di belakang rumahnya, Aziyana melihat lelaki itu menutup zip seluar yang disangkanya mungkin membuang air kecil.

“Tidak lama kemudian lelaki terbabit sekali lagi lalu di belakang rumah menyebabkan saya mulai rasa tidak sedap hati lalu membuka pintu, namun terkejut selepas melihat dia melakukan perkara tidak senonoh.




“Saya terus memarahinya, namun dia buat tak tahu. Selepas saya berkata mahu menghubungi polis, baru dia beredar,” katanya yang bertindak membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara, semalam.

Ujarnya lagi, dia baru berpindah sejak tiga minggu lalu ke kawasan perumahan tersebut dan pernah melihat kelibat lelaki itu di belakang rumahnya, namun tiada kejadian yang tidak diduga berlaku sebelum ini.

Insiden tersebut mendapat perhatian netizen apabila video serta gambar kejadian tersebut dimuat naik ke laman sosial olehnya.

Aziyana bagaimanapun mengakui tindakannya itu menerima kecaman daripada sesetengah netizen namun berkata tindakan memuat naik status itu kerana mahu mengingatkan suri rumah lain serta kanak-kanak supaya berhati-hati.

“Saya minta kejadian seperti ini dijadikan iktibar untuk wanita di luar sana. Kunci pintu belakang rumah dan jangan biarkan anak-anak bermain sendirian di luar rumah,” katanya.

Manakala Ketua Polis Daerah Klang Utara Asisten Komisioner Mazelan Paijan mengesahkan menerima laporan yang dibuat Aziyana.

Sumber : myMetro



lagi info di : edisiviral.com

Post a Comment

0 Comments

loading...