Setiap rumah pasti berdepan dengan masalah serangga yang menganggu dan merosakkan makanan, tanaman dan juga boleh menggigit kita.
Salah satu jenis serangga yang terkenal ialah semut yang tidak kiralah dari jenis apa sekalipun sama ada semut hitam, merah, api besar atau kecil pastinya akan menganggu ketenteraman penghuni rumah.
Masalah semut ini sering menjadi perkara yang merunsingkan bagi sesetengah orang terutamanya yang menghadapi masalah semut yang kritikal meskipun telah berpuluh kali cuba dihapuskan dengan pelbagai cara.
Bagaimanapun, perkongsian bermaanfaat dari Yatie Eimra di laman facebooknya ini pasti memberikan kita idea dan kaedah lain untuk membanteras semut yang bermaharajalela di rumah kita.
Mari kita pelajari cara dan kaedah mudah ini.
Stres kalau rumah banyak semut ni.. Pantang ada minuman manis/makanan tumpah, kompem berduyun datang. Ada anak kecik tau² la, ada je tumpah makanan die kat memane. Geram betul sebab sampai ke bekas susu anak pn semut hurung. Tu belum lagi part merayap atas badan & menggigit masa si kecik ni tido.
Kebetulan rumah memang dekat gak dengan tempat buang sampah. Macam mana jaga pn, semut tetap gak masuk. Kekadang masuk dari rekahan² kecik kat dinding², kekadang ikut tingkap dapur, dari balkoni bagai.
Ada yang kata tak boleh bunuh semut. Tapi pernah dengar ceramah ustaz, yg xboleh tu kalau kita sengaja bunuh/gi bakar sarang semut yang takde kena mengena dengan kita. Tapi dibolehkan bunuh semut kalau sampai dah mengganggu manusia (masuk rumah, hurung makanan & menggigit). Camtu jugak kalau semut merosakkan tanam-tanaman sampai buah/hasilnya terjejas.
Biasanya kalau kat luar rumah, saya guna racun serangga je. Tapi jarang spray kat dalam rumah sebab ada anak kecik. Guna racun serangga organik untuk spray dalam rumah tapi semut xmati lak. Spray serai wangi pun tak berkesan. Sebelum ni pernah guna beberapa petua halau semut, tapi semuanya mengecewakan. Huhu.. Yela, petua tu dah terang² nak halau je bukan membunuh semut. Memang lah semut tak ikut laluan tu, tapi die buat jalan baru pulak. Dahtu semut makin banyak.
Ni fakta tentang semut yang korang patut tau supaya memudahkan korang membanteras semut.
- Semut dapat detect saki-baki bau gula/manisan walaupun korang rasa korang dah lap sebersih-bersihnya.
- Semut hasilkan bahan kimia masa berjalan supaya die boleh balik ke pangkal jalan aka sarang tanpa sesat.
- Kalau korang perasan, semut ni selalu jer ade scout die sekor-2 ronda² kawasan carik punca makanan baru. Kalau xkawal peringkat ni, laluan tu akan jadik jalan baru lak untuk semut hurung makanan.
- Kadang-kadang dalam 1 sarang semut, ada lebih dari 1 koloni semut. Kalau korang guna racun jenis serbuk (yang semut makan tu), jangan terkejut pulak kalau lepas 1 spesis xde, muncul pulak semut spesis lain. (pernah beberapa kali alami sendiri)
- Ni info yang sangat penting.. Kalau korang tak kawal semut kat rumah, populasi semut makin banyak. Bila dah banyak ratu² muda, semut akan mula cari sarang baru. Lepas tu jenuh la korang nak spray serata rumah.
0 Comments