Pesawat Firefly Baru Berlepas Terpaksa Patah Balik

Pesawat FY2087 milik Firefly terpaksa berpatah balik akibat masalah teknikal, hari ini.

Dalam 10 pagi itu, pesawat baru sahaja berlepas seperti yang dijadualkan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP), Bayan Lepas ke Subang terpaksa berpatah balik beberapa minit kemudian.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Firefly, Ignatius Ong, pesawat terpaksa melakukan pendaratan kecemasan selepas kerosakan dikenal pasti.

“Pesawat mendarat dengan selamatnya dan tiada sebarang kecederaan dilaporkan dan pemeriksaan rapi dilakukan,” tambahnya.

Jelasnya punca sebenar kejadian masih lagi disiasat.

Dalam pada itu, jumlah sebenar penumpang yang berada di dalam pesawat masih belum diperolehi.

Sumber – Harian Metro



lagi info di : edisiviral.com

Post a Comment

0 Comments

loading...