Lelaki Dan Wanita Etnik Bajau Laut Ditahan Bantu Siasatan Kes Ratusan Bangkai Anak Penyu Terdampar

Dua orang suspek ditahan di Semporna semalam, seorang lelaki dan seorang wanita yang kedua-duanya dari etnik Bajau Laut bagi membantu siasatan berhubung kegiatan haram memburu penyu.

Augustine Tuuga, Pengarah Jabatan Hidupan Liar Sabah berkata lelaki dalam lingkungan 40-an itu ditahan di Pulau Dinawan manakala wanita dalam lingkungan 30-an pula ditahan di Kampung Amboh-Amboh, Pulau Bum-Bum.

“Dijangka lebih banyak tangkapan dilakukan selepas ini.

“Beberapa suspek utama yang telah dikenal pasti dalam siasatan kes ini masih belum dapat ditahan kerana kesukaran untuk mengesan mereka,” katanya lagi.

Menurut Tuugu, pencarian tersebut melibatkan anggota Polis Marin Semporna, Taman-Taman Sabah dan Tabung Hidupan Liar Sedunia (WWF).

Sebelum ini, seorang lelaki berusia 60 tahun telah ditahun diatas penemuan menggemparkan bangkai dan ratusan rangka penyu yang berselerakan di Pulau Bum-Bum minggu lepas.

Ujarnya lagi, pihaknya turut berusaha menjejaki lokasi pembunuhan seekor gajah jantan yang bangkainya ditemui terapung di Sungai Kinabatangan pada 25 September yang lalu berikutan individu yang ditahan sebelum ini didapati tidak terlibat dengan pembunuhan gajah itu.

Pihaknya yang menggeledah rumah suspek gagal menemui bukti yang mempunyai kaitan dengan gajah tersebut.

“Pencarian itu bagaimanapun menemukan sebahagian daripada spesies lain yang dilindungi, iaitu rusa sambar dan babi berjanggut,” katanya.

Dalam operasi yang turut melibatkan renjer Jabatan Hidupan Liar dan Polis Kinabatangan itu, dua lelaki warga Indonesia telah ditahan bagi siasatan lanjut kerana memiliki secara haram bahagian haiwan yang dilindungi.

Sumber : Bernama



lagi info di : edisiviral.com

Post a Comment

0 Comments

loading...