Di Malaysia sekarang ni, ada macam-macam program loyalti – dari fesyen, makan-makan sampailah kepada isi minyak di stesen minyak – ada saja kad-kad tertentu yang perlu kita simpan dalam poket untuk kumpul mata-mata ganjaran.
Kadang-kadang tu rasa annoying pun ada sebab dah banyak sangat, jadi amatlah penting kita memilih kad mana yang paling berbaloi untuk disimpan dalam dompet.
Disebabkan itu, kami mahu tunjukkan salah satu program loyalti yang sangat berbaloi untuk disertai, tetapi rasanya dah ramai yang tahu sebab program loyalti ni memang dah lama kat Malaysia ni. Bagi yang belum tahu, nama dia BonusLink.
Apa itu BonusLink dan bagaimana nak dapat ganjaran?
Kalau korang nak tahu, BonusLink ni ada sediakan kad kepada pengguna-penggunanya. Kad BonusLink juga dikenali sebagai ‘Kad Biru’, jadi kalau pergi kedai mana-mana, kalau cashier tanya ada kad biru tak, cepat-cepat keluarkan kad BonusLink la.
Kad Biru ni boleh di swipe di berbagai kedai-kedai jenama popular untuk mendapatkan mata ganjaran. Mata-mata yang terkumpul itu kemudian boleh ditebus dengan ganjaran.
Tapi kejap, dah 2017 ni takkan nak bawak kad dalam dompet lagi kan. Di sinilah salah satu kelebihan BonusLini. Selain dari kad fizikal, kad BonusLink juga boleh dibawa menerusi aplikasi telefon pintar. Cuma muat turun aplikasinya di Play Store atau App Store saja.
Jika anda jenis yang suka pakai kad kredit pula, baru-baru ini BonusLink melancarkan kad ganjaran bersama kad kredit yang dikenali sebagai Kad Kredit AmBank BonusLink Visa. Jadi, ianya kad ganjaran dan dalam masa yang sama kad kredit. Dua dalam satu – Nice kan?
Kad BonusLink ini boleh di-swipe di pelbagai kedai termasuklah Shell, Parkson, Focus Point, Caring Pharmacy. Kalau anda membeli secara online pun boleh swipe juga. Janji buat pembelian tu di Agoda, Firefly, eForex, eRemit dan macam-macam lagi. Untuk senarai kedai, sila tekan link ini.
Apa yang boleh dapat dengan mata ganjaran BonusLink?
Gajet-gajet cool
Pelbagai peralatan rumah
Peralatan dapur yang akan gembirakan suri rumah
Alat perhiasan dan penjagaan diri
Tak lupa juga untuk si comel anda.
‘Mainan-mainan’ untuk orang dewasa pun ada!
Pelbagai baucar makanan dan aktiviti-aktiviti menarik.
Gambar-gambar kat atas ni cuma sebahagian kecil dari ganjaran yang ditawarkan menerusi BonusLink. Selain hadiah-hadiah fizikal macam ni, BonusLink juga ada ganjaran berbentuk voucher yang sedikit sebanyak boleh membantu anda berjimat. Sebagai contoh, voucher minyak Shell, Parkson, Baskin-Robbins, Coffee Bean, Tony Romas. Voucher TGV pun ada tau.
Kalau tahu senarai penuh ganjaran, boleh tekan pautan ini.
Cara nak gunakan kad BonusLink se-maksima mungkin setiap hari!
Bagi menjelaskan dengan sejelas-jelasnya bila dan bagaimana anda boleh kumpul mata BonusLink, kita pecahkan situasi kepada beberapa senario.
1 – Ketika Isi Petrol
Untuk setiap liter minyak di Shell, pemegang kad BonusLink akan mendapat satu mata. Jika sehari kita menggunakan lima liter petrol, dalam masa sebulan kita sudah boleh mengumpul mata BonusLink sebanyak 150 mata. Lagipun, apa salahnya kumpul mata sambil isi minyak kan? Cuma perlu swipe sahaja. Lagi best, pada 8 October ni, BonusLink bersama Shell telah melancarkan promosi baru, dimana hanya dengan satu pam minimum RM30, anda boleh memenangi RM5,000 tunai dan 50,000 mata ganjaran BonusLink!
2 – Ketika Mahu Travel
Mereka yang gemar travel juga amat digalakkan untuk mempunyai kad ini. Mengapa? Kerana jika anda menempah hotel dengan Agoda, anda akan menerima sehingga 10 mata untuk setiap seringgit yang dibelanjakan. Banyak tuu. Layari http://ift.tt/2h3QUSn untuk info lanjut.
Nak travel tu mesti kena naik kapal terbang kan. Tempah pesawat Firefly dan anda akan menerima mata BonusLink juga. Purrfectt.
3 – Ketika Beli barangan harian
Jika anda ingin membeli barangan elektronik atau cermin mata pula, mata ganjaran BonusLink boleh dikumpul di FocusPoint, GadgetRia, Boulevard IT, Litz, Time2Time, ESH Electrical, C L Khoon Electronics.
4 – Ketika Beli barangan penjagaan kesihatan
Rugi tau kalau beli ubat atau barangan penjagaan kesihatan tapi tak tukarkan setiap ringgit yang dibelanjakan tu kepada mata ganjaran BonusLink. Kalau nak dapat mata BonusLink, pastikan anda pamer kad BonusLink setiap kali berbelanja di Caring Pharmacy. Kalau di Sabah, anda boleh kumpul ‘Points’ di Doses Pharmacy.
ITU JE KE?
BonusLink adalah satu program ganjaran yang benar-benar komited dalam menyediakan ganjaran kepada pengguna-penggunanya. Disebabkan itu, mereka sentiasa mengemaskini ganjaran mereka bergantung kepada minat-minat dan trend semasa. Boleh dikatakan, tiap-tiap bulan pemegang kad Biru ini boleh menjangkakan ‘suprises’ yang akan ditawarkan kepada mereka.
Berikut antara ganjaran-ganjaran istimewa pada 2017 dan mereka termasuklah Tiket konsert EXo, peluang menang telefon Samsung S8, konsert Yuna dan macam-macam lagi!
Antara promosi-promosi menarik yang boleh dinikmati oleh pemegang kad BonusLink pada 2017. |
Jadi, berbaloi ke nak simpan Kad Biru ni?
Dalam pandangan jujur kami, ya, kad BonusLink adalah kad ganjaran yang perlu ada dalam dompet setiap orang.
Kenapa? Disebabkan pihak yang mengendalikan program BonusLink dilihat sangat komited dalam menyediakan pelbagai ganjaran kepada pemegang kad ini.
Buktinya, ganjaran-ganjaran yang ditawarkan pula adalah up-to-date dan mengikut trend.
Jika anda mahu membuat permohonan kad menerusi atas talian, boleh layari http://ift.tt/2zzKSQd dan penuhkan borang yang diberikan. Tetapi, jika anda mahu kaedah konvensional, boleh terus minta kad BonusLink di stesen minyak Shell terdekat. Cuma lima minit diperlukan!
Layari www.bonuslink.com.my untuk mengetahui lanjut mengenai BonusLink. Jangan bazirkan setiap ringgit yang anda belanjakan. Swipe la dengan BonusLink!
lagi info di : edisiviral.com
0 Comments