Atuk Durjana, Cuba Cabul Darah Daging Sendiri Ketika Mangsa Keseorangan Di Rumah


Seorang lelaki ditahan atas dakwaan mencabut kehormatan cucu saudaranya di sebuah rumah di Sungai Bidut, Sibu, Sarawak semalam.

Ketua Polis Daerah Sibu Asisten Komisioner Zailani Amit berkata, suspek yang berusia 53 tahun itu dipercayai mencabut kehormatan remaja perempuan berusia 13 tahun selepas mangsa ditinggalkan sementara dirumah berikutan ibunya keluar membeli barangan dapur.

Menurutnya, kejadian yang berlaku kira-kira pukul 5 petang itu bermula apabila suspek muncul sebelum menarik mangsa masuk ke sebuah bilik dan mengunci pintu.

“Mangsa cuba melawan namun suspek menolaknya ke atas katil sebelum menanggalkan seluar mangsa.

"Mangsa bagaimanapun berjaya menendang suspek hingga terjatuh menyebabkan lelaki itu bergegas melarikan diri,” katanya

Perbuatan itu disedari ibu mangsa selepas melihat anaknya menangis.

“Susulan laporan polis diterima, sepasukan polis menahan suspek di rumahnya di kawasan sama tidak lama kemudian.

“Suspek disiasat mengikut Seksyen 14 (d) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017," katanya.

Sumber- Harian Metro

Post a Comment

0 Comments

loading...