9 Maut Dan Seorang Parah, Van Pekerja Ladang Dan Lori Ais Bertembung

TAPAH: Sebuah kemalangan melibatkan van dan lori ais berlaku di Jalan Air Kuning-Mambang Di Awan menyebabkan sembilan maut manakala seorang dilaporkan parah.

Dipercayai, mereka yang maut adalah pekerja ladang iaitu lapan wanita dan seorang lelaki berusia antara 40 hingga 60 tahun, manakala pemandu lori ais terbabit mengalami cedera parah.

Bagaimanapun, menurut laporan Berita Harian, identiti kesemua mangsa belum dikenalpasti.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Som Sak Din Keliaw, ketika mengesahkan kejadian berkata, pihaknya menerima laporan orang awam pada jam 7 pagi.

Jelasnya, kesemua mangsa yang maut sudah dibawa ke Hospital Tapah untuk bedah siasat.

Sementara itu, jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri berkata, pihaknya menerima panggilan kejadian pada jam 6.42 pagi.

Ujarnya, anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tapah dibantu BBP Kampar digerakkan ke lokasi kejadian.

“Laporan ketua operasi memaklumkan 10 mangsa terbabit dan tersepit di dalam van berkenaan,” katanya.




Sumber- Berita Harian



lagi info di : edisiviral.com

Post a Comment

0 Comments

loading...