Motosikal adalah antara kenderaan yang menjadi pilihan oleh rakyat Malaysia terutamanya bagi mereka yang baru bekerja. Bukan sahaja menjimatkan, malah pergerakan menjadi lebih mudah jika menunggang motosikal berbanding memilih kenderaan lain.
Namun ada juga yang memilih untuk menunggan motosikal sebagai hobi. Jadi tak hairanlah jika ada pemilik motosikal sanggup berhabis wang ringgit untuk 'make up' kenderaan masing-masing supaya tampil menawan. Antara pengubahsuaian yang sering dibuat adalah menukar rim motosikal.
Tapi, adakah kita tahu memilih rim yang sesuai dengan kelebaran tayar kederaan kitam atau main 'tangkap muat' asalkan nampak cantik? Jom ikuti perkongsian Tyrenest Racing Shah Alam untuk mendapatkan panduan memilih rim sesuai dengan saiz tayar.
Tolong chek lebar rim anda
Ketahui size lebar rim motor anda
Wajib tahu. Bukan suka-suka sahaja nak masuk tayar ikut suka hati. Sekadar boleh masuk, tiada gunanya.
Size tayar VS lebar rim (inci). Wajib tahu. Ikut spec untuk keselamatan dan keselesaan. Ini wajib tahu. Ramai orang ambil remeh temeh hal ni.
Banyak faktor menyebabkan tayar tidak sedap pakai,tayar tak perfom sebab rim dengan tayar tak ngam disebabkan salah masuk.
Kalau performance motor dari segi handling, konering, braking kurang memuas,,,Jangan salahkan tayar..tapi salahkan tayar masuk kat rim yg tak sesuai lebarnya.
Ini list official D.O.T us/uk international tyre guide
60/90 rim 1.2,1.4
70/90 rim 1.4,1.6
80/90 rim 1.6,1.85
90/70 rim 1.6, 1.85
90/80 rim 1.85,2.15
90/90 rim 1.85 ,2.15,2.25
100/70 rim 2.25, 2.5
100/80 rim 2.5, 2.75
110/70 rim ,2.75,3.00
120/60 rim 3.00,3.50
120/70 rim 3.00,3.50,3.75
130/70 rim 3.75,4.00
140/70 rim 4.00,4.25,4.50
150/70 rim 4.25,4.50,5.0
160/60 rim 5.00,5.5
170/60 rim 5.00,5.5
180/55 rim 5.5,6.00 dll o
190/50 rim 5.5,6.00,6.50
200/55 rim 5.5,6.00,7.00
Disarankan rim dengan tayar mengikut spec kelebaran untuk mengelakkan timbulnya masalah, issue keselamatan dan keselesaan.
Sumber : Tyrenest Racing Shah Alam
0 Comments