Pelakon kacak yang popular, Fattah Amin mencetuskan kontroversi apabila adegannya yang seakan bercium dengan pelakon wanita Janna Nick tersebar.
Fattah Amin dan Janna Nick digandingkan dalam drama adaptasi ‘Coffee Prince’ yang masih belum ditayangkan.
Menerusi Instastory, dua pelakon utama drama ini dilihat membuat aksi seperti bercium bagi meniru adegan di dalam drama Korea terbabit.
Meskipun tiada sebarang sentuhan yang terjadi antara mereka, namun tindakan tersebut mencetuskan kemarahan orang ramai yang merasakan adegan terbabit tidak bersesuaian dengan budaya kita meskipun drama tersebut adalah adaptasi dari drama Korea yang pernah popular suatu ketika dahulu.
Pada masa yang sama, nama pengarah bagi drama itu iaitu Micheal Ang turut diselar kerana menyelitkan adegan tersebut di dalam drama arahannya itu.
Terdapat segelintir yang memberi pendapat bahawa adegan ‘bercium’ itu dilakukan dengan ‘camera trick’ bagi membuatkan aksi itu ‘hidup’ meskipun mereka tidak bersentuhan dan tidak kurang juga yang memberi kritikan pedas serta meminta Michael Ang untuk memadam babak ini.
Bagaimanapun, jika dipandang dari aspek babak yang menghidupkan jalan cerita sesebuah drama atau filem yang diadaptasi, adegan sebegini pastinya diperlukan kerana kesan yang sama seperti karya asal diperlukan. Namun, setiap babak dilakonkan perlulah dititikberatkan dan bersesuaian dengan budaya kita agar tidak menjadi masalah di kemudian hari.
Sumber- fatt4stictv80xds
lagi info di : edisiviral.com
0 Comments