Makcik petir atau nama sebenarnya Noryati Taib didakwa berada dalam keadaan kritikal di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru akibat jangkitan kuman dalam paru-paru dan diabetes.
Menurut pengarah dan penerbit drama Shahrulezad Mohamedin berkata, pelakon itu mengalami sesak nafas semalam sebelum dihantar ke hospital.
Minggu lalu, Noryati menjalani pembedahan akibat komplikasi diabetes dan semalam dibenarkan keluar hospital, kata anak saudaranya itu.
“Tiba-tiba semalam dia mengalami sesak nafas. Dia dibawa semula ke hospital dan doktor terpaksa meletakkannya dalam keadaan koma. Hari ini sepupu saya memaklumkan dia dalam keadaan kritikal,” tambahnya.
Noryati mula berlakon dalam drama Abang Mak Panggil Balik dan selepas itu kerap berlakon dalam drama terbitan Radiusone Sdn Bhd milik Shahrulezad.
0 Comments