Bagi setiap pasangan yang bakal melalui detik manis dalam hidup mereka, pasti segala persiapan majlis telah pun disediakan bagi melancarkan majlis perkahwinan mereka.
Namun sebagai manusia, kita hanya mampu merancang setiap tindakan tetapi tuhan yang menentukan segalanya. Bagaimanapun, disebalik setiap perkara yang berlaku pasti ada hikmahnya.
Ayul Rahman, seorang jurugambar, berkongsi sedih sepasang pengantin yang terpaksa mempercepatkan majlis pernikahan mereka kerana bapa kepada pengantin lelaki sedang sakit tenat.
Mari kita baca perkongsian kisah sedih ini.
Harini merupakan sejarah bagi aku selama 7 tahun dalam industri photography.
Last minute dapat inquiry untuk cover majlis nikah di Hospital Selayang. Majlis yang dipercepatkan atas sebab bapa kepada pengantin lelaki sedang sakit tenat.
All the way event aku tak dapat tahan air mata. Sebak gila.
Right after majlis selesai, dapat panggilan kecemasan daripada Doktor untuk segera ke bilik disebabkan bapa kepada pengantin lelaki tersebut, sedang nazak.
A few minutes after that, bapa beliau telah menghembuskan nafasnya yang terakhir.
A bitter sweet memory for both of the couple.
Al-fatihah.
Sumber- Ayul Rahman
0 Comments