Kuala Lumpur, 20 Sep – Harga runcit bagi petrol RON95 dan RON97 masing-masing turun 2 dan 3 sen seliter manakala diesel turun 4 sen seliter berkuat kuasa tengah malam ini sehingga 27 September 2017.
Menurut laman twitter rasmi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), RON95 turun 2 sen menjadikan harga bermula Khamis ialah RM2.19 seliter berbanding RM2.21 seliter manakala harga RON97 turun 3 sen kepada RM2.49 seliter berbanding RM2.52 seliter.
Harga baru diesel yang turun 4 sen menjadikan harga jualannya RM2.10 seliter berbanding RM2.14 seliter.
Sumber: MyKPDNKK
lagi info di : edisiviral.com
0 Comments