Columbia, 21 Dis - Sebuah pesawat kargo milik syarikat penerbangan Columbia, Aerosucre terhempas hari ini menyebabkan lima maut dan seorang lagi cedera.
Satu video yang tersebar di media sosial memaparkan bagaimana pesawat itu gagal dikawal dipercayai ketika mahu berlepas.
Video itu dirakam oleh beberapa individu bermotor.
Menurut satu kenyataan dari pihak berkuasa penerbangan Columbia, pesawat Boeing 727 dengan nombor penerbangan HK4544 itu terhempas tiga minit selepas berlepas dari lapangan terbang German Olano.
Lima yang maut termasuklah juruterbang, pembantu juruterbang, jurutera pesawat, penghantar, dan pengendali mesin forklit.
Satu lagi video yang belum disahkan dipercayai memaparkan saat-saat akhir pesawat itu sebelum terhempas.
Video itu juga dipercayai dirakam oleh individu yang sama.
Sumber: telesurtv
0 Comments