Terpaksa Jual Moto Kesayangan Kepada Orang Lain Demi Tanggung Kos Rawatan Anak


Seorang bapa Mohd Yuzwan Bin Yatni terpaksa menjual motosikal kesayangannya iaitu jenis Suzuki txr150 Gamma demi mencari wang untuk menanggung kos rawatan anak ketika yang dikatakan menghidapi penyakit degupan jantung terlalu laju.

Pada 14 Disember yang lalu beliau telah memuatnaik sebuah pos di laman Facebook miliknya di mana menyatakan hasrat untuk menjual motosikal kesayangannya itu.





Semalam dalam kemaskini terbaru di laman Facebook beliau, beliau telah menyatakan motosikalnya itu telah berjaya dijual dengan harga RM3000.

Berikutan pos itu, ramai sahabat handai dan netizen rasa tersentuh dan ada antara mereka telah melancarkan kutipan dan jualan amal untuk membantu beliau.

Kami doakan agar anak kepada Encik Yuzwan, MUHAMMAD EIIJAZ FAKHRI BIN MOHD YUZWAN cepat sembuh seperti sediakala. - Siakapkeli.my

Post a Comment

0 Comments

loading...