Memandangkan tahun 2017 yang bakal menjelma tidak lama lagi, rangkaian kedai emas yang terbesar di Malaysia, Poh Kong telah memasarkan pelbagai produk hebat termasuk berlian HEMERA iaitu berlian paling berkilau di dunia hasil tangan tukang emas dan permata yang antara yang terhebat.
Sesuatu yang pasti membuatkan sesiapa yang melihatnya terpesona, Poh Kong memperkenalkan berlian yang paling berkilau di dunia dengan 101 segi iaitu HEMERA Diamond di mana berlian ini telah ditempa dengan 101 bentuk segi yang menjadikannya antara permata paling susah dihasilkan di dunia.
Nama HEMERA™ diilhamkan daripada mitologi Greek yang bermaksud ‘dewi siang’. Berlian HEMERA™ dengan canaian 101 segi dipaten dan didaftarkan di Antwerp, Belgium.
Daripada 10 pekerja mahir yang menghasilkan berlian ‘triple excellent’ ini, hanya 3-4 pekerja yang layak untuk menghasilkan berlian HEMERA™ selepas melalui latihan yang ketat. Hanya pakar pemotong yang terbaik dan paling berpengalaman mampu menghasilkan pencanaian 101 segi baru ini di samping mencapai penggilapan, simetri dan potongan yang unggul. Ciri-ciri ini mengukuh dan memaksimumkan pantulan cahaya bagi menampilkan keunikan HEMERA ™.
Di Poh Kong ianya telah diterjemahkan dalam bentuk cincin yang cukup menawan sesiapa sahaja yang melihatnya
Angel Diamond Earrings pula dihasilkan menggunakan teknologi pemotong berlian paling maju, amat sesuai dipadankan dengan gaya dan penampilan anda.
Kepada pencinta anting-anting di luar sana, rekabentuk terbaru subang telinga yang rumit rekaannya daripada Poh Kong ini pasti membuatkan hati tertarik dan bangga bila memakainya.Tiga bentuk anting-anting emas putih bersama berlian yang mempunyai motif bunga dihasilkan kepada anda tidak kira tua atau muda.
Four-Leaf Clover Diamond Earrings 2
Four-Leaf Clover Diamond Earrings 1
Wings of Grace Earrings
Kesemua koleksi-koleksi ini tidak lengkap tanpa kehadiran si jejaka, jika tidak diiramakan dengan pilihan cincin yang menarik bertatahkan emas yang dihasilkan dengan pelbagai rekaan bentuk mewah iaitu Royal Regal Diamond Ring.
Untuk si anak kecil pula, raikan mereka dengan rekaan watak-watak Disney. Lihatlah amta mereka akan begitu ceria dengan emas putih 18k koleksi Disney Mickey Magic Poh Kong.
Disney Mickey Magic Pendant
Disney Mickey Magic Earrings
Tidak lupa juga rantai emas siri Disney Winnie Pooh siri, ia sudah pasti akan menjadi hadiah yang menarik untuk anak-anak anda dan juga sebagai tanda dihargai yang mengimbau kembali kenangan zaman kanak-kanak yang indah.
Disney Winnie The Pooh Pendant 1
Disney Winnie The Pooh Pendant 2 (tigger)
Disney Winnie The Pooh Pendant 3 (Eeyore)
Akhir sekali, untuk menonjolkan kehebatan rekabentuk tukang terhebat, maka terhasillah Tranz Pendant yang menyatukan kesederhanaan kontemporori disamping rekaan bentuk esotik yang pasti membuatkan si pemakainya berasa yakin.
Jenama Tranz terdiri daripada lima koleksi tersendiri. Setiap satu daripada koleksi ini menangkap keindahan luhur alam dengan cara yang tersendiri dan menawan.
Tranz dikaitkan dengan inspirasi reka bentuk dan seni, ia merupakan jenama barang kemas emas pertama dan terkemuka dengan emas 22K di Malaysia. Diilhamkan dalam reka bentuk, Tranz menghasilkan semangat ekspresi diri dan bakat individu dalam wanita kontemporari dan lelaki.
Apa yang menarik kali ini, jika anda tidak dapat ke cawangan Poh Kong terdekat, anda kini boleh membeli barang kemas yang diinginkan anda ini di laman web membeli belah atas talian terkenal iaitu
LAZADA
11STREET
SUPERBUY
Sempenakhir tahun dan ulangtahun ke 40 juga, Poh Kong telah berbesar hati untuk memberikan penghargaan kepada pelanggan mereka di mana sebanyak RM4,000,000 telah dilaburkan sebagai hadiah kepada pelanggan bertuah mereka melalui peraduan Kempen Jom Menang, Shop & Win Big Poh Kong.
Caranya mudah begitu mudah dengan perbelanjaan minimun hanya RM400 seperti keterangan di bawah.
Jadi apa tunggu lagi, kunjungi salah satu daripada lebih 100 cawangan Poh Kong untuk bersama meraikan kegembiraan di samping mencipta kenangan indah bersama Poh Kong.
Untuk info lanjut, anda boleh lawati laman web rasmi www.pohkong.com.my, Facebook POH KONG JEWELLERS dan Instagram Pohkongmy.
0 Comments