Hampir setiap kali ingin menaiki kapal terbang, pelbagai masalah yang akan timbul, lebih-lebih lagi bagi mereka yang jarang menaiki kapal terbang.
Bagi penerbangan jangka masa pendek, masalah-masalah ini mungkin boleh dipandang sebelah mata, tetapi untuk penerbangan jangka masa panjang, ia boleh mendatangkan ketidakselesaan di atas kapal terbang nanti.
Ini tiga perkara yang sering memeningkan kepala ketika menaiki kapal terbang dan solusi yang ditawarkan oleh AirAsia untuk mengatasinya.
1 - Beli tiket sekali, tapi tempat duduk jauh-jauh
Masalah ini biasa terjadi kepada penumpang-penumpang yang membeli tiket secara berkumpulan terutamanya keluarga.
Setiap kali tempahan tiket dibuat, tempat duduk akan diletakkan secara rambang, melainkan pembeli sudah siap-siap menempah sekali posisi tempat duduk mereka.
Dengan AirAsia, pembeli boleh menempah posisi tempat duduk dengan harga dari serendah RM6 bagi setiap satu tiket berdasarkan keselesaan tempat duduk itu.
Ada empat jenis lokasi tempat duduk yang boleh dipilih iaitu tempat duduk biasa, tempat duduk popular, Quiet Zone dan yang paling selesa Katil Rata Premium.
Bagi yang datang secara berkumpulan, tempahan tempat duduk biasa dengan barisan atau kolum yang sama adalah cara yang tepat untuk sentiasa berada dalam jarak yang dekat di atas pesawat AirAsia.
Foto: @airasiaph/Instagram |
Bagi penerbangan jarak pendek, masa makan di dalam pesawat ibarat berlari-lari mengejar bas yang hampir terlepas kecuali jika penumpang sudah menempah siap-siap makanan yang mahu dinikmati.
Apabila makanan sudah ditempah awal secara online, pramugari akan menyusun aturan makanan yang sudah disediakan mengikut kerusi dan penghantaran akan dibuat tepat pada masanya. Jika makanan dipesan diatas kapal terbang, penumpang terpaksalah menunggu penghantaran makanan tempahan habis dibuat dahulu sebelum pesanannya diproses.
Malah, ada juga kes dimana makanan sudah habis ketika ingin dipesan atas pesawat menjadikan pengalaman menaiki kapal terbang kurang selesa bersama perut lapar.
Pelbagai hidangan popular ditawarkan seperti Nasi Lemak Pak Nasser, Nasi Ayam Uncle Chin, Nasi Beriani Ayam Masala Ashok. Lebih dari itu, penumpang juga boleh membuat pilihan minuman percuma seperti minuman berkarbonat, air mineral atau kopi*.
Promosi Hidangan Kombo SANTAN hanya tersedia untuk tempahan awal secara online sahaja. Jadi, buat apa bayar lebih kalau boleh makan dengan harga dari serendah RM10?
*Kopi hanya tersedia untuk penerbangan melebihi 90 minit.
3 - Tak tempah bagasi awal-awal, tempat duduk sempit sebab penuh dengan barang.
Antara penyebab penerbangan menjadi tidak selesa adalah terlalu banyak barang dibawa ke atas kapal terbang.
Disebabkan tidak merancang penerbangan dengan lebih awal, ramai penumpang yang menghadapi masalah ini, seterusnya mengakibatkan pengalaman yang kurang selesa ketika terbang.
Cara terbaik untuk mengatasi masalah ini adalah dengan merancang perjalanan dan membuat tempahan awal bagasi secara online kerana ia lebih jimat berbanding dengan harga ketika membeli di kaunter.
Dengan tempahan awal, penumpang boleh menempah bagasi dengan harga dari serendah RM26.50 sahaja.
Di AirAsia, tempahan berat bagasi sudah dipecahkan mengikut keperluan penumpang iaitu 15kg, 20kg, 25kg, 30kg dan 40kg bagi penerbangan domestik manakala 20kg, 25kg, 30kg dan 40kg untuk penerbangan antarabangsa.
0 Comments