Tips Hilangkan Parut Jerawat | Jerawat merupakan satu masalah kulit yang kerap berlaku tak kira kaum, warna kulit mahu pun jantina. Selalunya, masalah jerawat pada muka akan berlaku apabila anda sudah menginjak ke alam remaja.
Apabila berlakunya masalah jerawat pada kulit, apa yang lebih membimbangkan ramai adalah parut yang ditinggalkan oleh jerawat. Kebiasaannya parut jerawat ini dilihatr amat teruk dan ada yang membuatkan kulit wajah berlubang.
Keadaan ini membuatkan ramai orang berasa tidak selesa dan kurang keyakinan diri dengan wajah yang tidak cantik. Jadi, menghilangkan jerawat dan memiliki kulit yang licin dan bersih adalah idaman bagi semua.
Berbagai-bagai cara yang boleh dilakukan untuk menghilangkan parut jerawat antaranya adalah menggunakan serum hilangkan parut jerawat, ubat hilangkan parut jerawat, krim hilangkan parut jerawat dan banyak lagi. Akan tetapi, bukan semua orang yang menggunakan ubat hilangkan parut itu berjaya mendapatkan hasil yang diingini.
Tanpa perlu membuang masa lagi, apa kata kita terjah beberapa Tips Hilangkan Parut Jerawat yang dikongsikan oleh Media Sensasi di bawah ini khas buat tatapan para pengunjung setia blog ini.
Tips Hilangkan Parut Jerawat
1. Madu
Sapu campuran sedikit madu dan bedak sejuk pada kawasan yang ada jerawat. Lakukan dua kali dalam sehari untuk mendapatkan hasil yang pantas.
2. Timun
Hiris timun segar dan tampalkan pada kulit muka yang berparut. Biarkan selama setengah jam dan bilas dengan air sejuk. Amalkan setiap hari sehingga parut hilang.
3. Lidah Buaya
Ambil daun lidah buaya dan belah dua supaya lendirnya keluar. Kemudian ambil lendir tersebut dan sapukan pada kawasan berparut. Lakukan sebanyak 3 kali dalam masa seminggu untuk menghilangkan parut jerawat.
4. Asam Jawa
Sapu campuran sedikit asam jawa dan air pada kawasan yang ada jerawat. Biarkan sehingga kering dan bilas dengan air.
5. Baking Soda
Sapu campuran sedikit baking soda dan air pada kawasan yang ada jerawat. Pastikan anda cuci muka menggunakan moisturizer selepas basuh baking soda. Amalkan setiap dua hari.
The post Tips Hilangkan Parut Jerawat appeared first on Media Sensasi - Isu Semasa, Informasi Terkini Dan Pelik-Pelik.
0 Comments