Resepi Biskut Cornflakes Madu

Biskut Cornflakes Madu

 

Resepi Biskut Cornflakes Madu | Salah satu kuih raya yang agak popular dan menjadi kegemaran ramai orang terutama pada Hari Raya Aidilfitri, biskut cornflakes madu sememangnya sejenis kuih yang amat sedap, rangup dan cair apabila masuk ke dalam mulut.

Tanpa perlu membuang masa lagi, apa kata kita terjah Resepi Biskut Cornflakes Madu yang telah dikongsikan oleh Media Sensasi di bawah ini khas buat tatapan para pengunjung setia blog ini.

Bahan-Bahan

Cornflakes
1/4 cawan madu
1/4 cawan mentega
1 1/2 sudu besar gula kastor
Ceri
Cawan kertas

Cara Penyediaan

1. Cairkan mentega di dalam periuk dengan api yang kecil. Kemudian, masukkan madu dan gula kacau sebati.
2. Cornflakes diramas kasar di dalam mangkuk supaya senang dimasukkan ke dalam acuan kuih.
3. Tuangkan campuran butter yang dicairkan ke dalam mangkuk cornflakes, kacau sehingga conflakes disaluti dengan sempurna.
4. Masukkan adunan tadi ke dalam cawan kertas dan hiaskan dengan ceri.
5. Bakar selama 10 hingga 15 minit pada suhu 150 darjah celcius.

The post Resepi Biskut Cornflakes Madu appeared first on Media Sensasi - Isu Semasa, Informasi Terkini Dan Pelik-Pelik.

Post a Comment

0 Comments

loading...